ads

Rabu, 30 Januari 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Gambar-gambar menyedihkan kesengsaraan rakyat <b>negeri Kelantan</b>.

Posted: 11 Jan 2013 12:43 AM PST

Setiap kali lawatan Najib atau kuncu-kuncunya dari kerajaan pusat ke negeri Kelantan, laungan-laungan yang selalu kedengaran,,

 "Berikan peluang BN tadbir semula negeri Kelantan, segala masaalah air di negeri Kelantan akan dapat kami selesaikan"

Betuika.... Jom kita lihat...



Bandar Kuala Lumpur, yang mana ibu negara Malaysia, sistem urus tadbir yang moden, 10 kali lebih baik dari negeri Kelantan yang dikatakan mundur, tiada pembangunan, namun hari ini apa yang terjadi...

Semua kita ketahui syarikat kroni Umno Syabas, yang mana CEOnya gaji berjuta setiap tahun, ditugaskan mentadbir menjaga keperluan air bersih buat rakyat secara berbayar bukannya percuma....

Namun bila difikirkan kejadian yang berlaku sekarang ini, rakyat menjadi mangsa...menerima kesengsaraan diatas kecuaian syarikat kroni tersebut..
  

KUALA LUMPUR, 10 Jan -- SIMPAN… Siar kaki rumah pangsapuri menjadi ruang simpanan bekas air penghuni berkenaan.
kelihatan penduduk rumah pangsapuri, Aisyah Mohd Som, 24, menyimpan air di siar kaki di hadapan kediamannya di tingkat dua Flat Sri Melaka Blok 34, Cheras di sini hari ini.
Gangguan air di kawasan perumahan tersebut sejak seminggu lalu.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 10 Jan -- MASALAH AIR... Penduduk Pangsapuri PPR Perkasa, terpaksa beratur menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di kawasan letak kereta pangsapuri berkenaan ketika tinjauan fotoBERNAMA di Jalan Nakhoda Yusuf di sini, hari ini.
Perumahan rakyat di sekitar Cheras, Ampang dan Pandan Jaya dilaporkan menghadapi masalah bekalan air sejak seminggu lalu. Bekalan air dihantar oleh pihak berkuasa tempatan serta Syabas dengan menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA



KUALA LUMPUR, 10 Jan -- MASALAH AIR... Kanak-kanak sekolah turut membantu keluarga mengangkut air selepas pulang dari sekolah ketika tinjauan fotoBERNAMA di Pangsapuri PPR Perkasa, di sini hari ini.
Perumahan rakyat di sekitar Cheras, Ampang dan Pandan Jaya dilaporkan menghadapi masalah bekalan air sejak seminggu lalu. Bekalan air dihantar oleh pihak berkuasa tempatan serta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dengan menggunakan lori tangki ke kawasan yang terjejas.
Krisis air menjejaskan 90 kawasan di Lembah Klang membabitkan hampir setengah juta pengguna.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 10 Jan --TELAGA MODEN… Warga emas Latifah Mohamad, 72, terpaksa menimba air dari tingkat satu rumahnya di perkarangan kawasan letak kereta Flat Sri Melaka Blok 34, Cheras di sini hari ini.
Beliau menumpangkan tong di siar kaki jiran bawah dan menunggu giliran tongnya diisi lori air sebelum ditimba naik keatas. Aktiviti ini bermula sejak seminggu lalu.
 KUALA LUMPUR, 10 Jan --TELAGA MODEN… Warga emas Latifah Mohamad, 72, terpaksa menimba air dari tingkat satu rumahnya di perkarangan kawasan letak kereta Flat Sri Melaka Blok 34, Cheras di sini hari ini.
Beliau menumpangkan tong di siar kaki jiran bawah dan menunggu giliran tongnya diisi lori air sebelum ditimba naik keatas. Aktiviti ini bermula sejak seminggu lalu.
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA
Keseluruhan rakyat yang menjadi mangsa, wanita, wanita tua, kanak-kanak... inilah hasil kerajaan yang sebelum ini engaku bijak mentadbir negara ?

Paling menyedihkan, masaalah ini apa yang aku dengar,, berlarutan sehingga selepas Tahun baru China,, amboi lamanya,, macam dirancang sesuatu... Sila baca
Di Sini



Apakah ini semua yang mana rakyat tak berdosa jadi mangsa ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor yang menghalang projek Langat 2.



Media Kedah: Pedas !!! Pentadbir Kerajaan <b>Negeri Kelantan</b> Kena <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 02:20 AM PST


Rata-rata Mufti di setiap negeri di Malaysia tidak mempersetujui dengan keputusan yang di ambil PAS di dalam isu tuntutan DAP terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam Biblie Versi Bahasa Melayu untuk di edarkan ke seluruh negara.

Penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu, tentunya mempunyai agenda tertentu di dalam gerakan kristianisasi yang giat di jalankan di Malaysia yang mensasarkan golongan Bangsa Melayu.

Bagi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Negeri Kelantan tidak akan mengguna pakai keputusan yang di lakukan PAS kerana ianya bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 yang di luluskan pada 01 Disember 1981.

Sekiranya pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan  hendak mengguna pakai keputusan yang di buat Hadi Awang, Pentadbir Kerajaan Negeri perlu pinda atau mansuhkan Enekman yang di peruntukan untuk menjaga kesucian penggunaan kalimah Allah sekiranya ianya di anggap lapok dan tidak relevan lagi

KOTA BHARU 9 Jan. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) mengingatkan semua pihak di negeri ini tentang kalimah Allah yang eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

Menurutnya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1 Disember 1981 telah meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 iaitu satu enakmen untuk menjaga kesucian kalimah itu.

Katanya, enakmen itu yang diwujudkan bagi mengawal dan menyekat penyebaran iktikad dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam, secara jelas telah menyenaraikan 24 perkataan termasuk kalimah Allah di bawah Jadual (Seksyen 9) Bahagian 1 enakmen sebagai hak eksklusif agama Islam.

Sehubungan itu, beliau secara sinis 'meminta' enakmen tersebut dipinda atau dimansuhkan sekiranya sudah lapuk dan tidak relevan lagi.- Utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved