Ahad, 3 Februari 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Berita Sini: Kedai Makan Dirempuh Kereta <b>Di Bachok</b> Kelantan

Posted: 19 Jan 2013 12:50 AM PST

Seorang warga emas cedera pada kepala dan seorang lelaki cedera pada bahagian kepala, lengan dan dada apabila warung berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Telaga dirempuh sebuah kereta, awal malam kelmarin.

Pengusaha warung, Mohamad Zulkifli, 53, berkata kedua-dua mangsa ketika itu berada di dalam kedainya yang tiba-tiba dirempuh sebuah kereta yang menyebabkan bumbung kedai runtuh.

Mohamad berkata, kejadian berlaku pada jam 7.34 malam itu, melibatkan ibunya, Tuan Zaharah Tuan Sulaiman, 76,  dan seorang pelanggan, Zakaria Mat, 48, yang berada dalam warung berkenaan.

"Ketika itu ibu saya ketika itu duduk di meja makan dan manakala Zakaria baru sahaja hendak menunggang motosikalnya untuk pulang ke rumah.

"Saya sempat melihat sebuah kereta proton Iswara Aeroback berwarna merah seakan terbang merempuh pohon kekabu sebelum terbabas ke dalam kedai," katanya.

Katanya, dua mangsa tersebut dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana tidak sedarkan diri sejurus selepas kejadian.

Menurutnya, kereta Proton itu dipercayai dipandu laju dari satu selekoh dan bergeser dengan sebuah kereta Viva yang dipandu oleh Rozi Che Ibrahim, 34, yang cedera ringan walaupun  keretanya mengalami kerosakan teruk.

"Akibat kejadian itu banyak kelengkapan barangan dalam warung, dua kereta saya yang diletak di tepi kedai dan motosikal Zakaria rosak teruk.

"Laporan mengenai kemalangan itu sudah dibuat oleh anak saya di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Bachok pada jam10 malam untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani ketika dihubungi  mengesahkan kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads