Rabu, 13 Februari 2013

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


BR1M DUN <b>Bunut Payong</b> | Harian Detik

Posted: 08 Feb 2013 07:07 PM PST

BR1M 2.0 DUN BUNUT PAYONG

KOTA BHARU, KELANTAN:  LEBIH 700 orang mendaftarkan diri sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0), Parlimen Kota Bharu bagi DUN Bunut Payong 6 Jun, 2013 lalu. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Datuk Hanapi yang mewakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh yang diadakan di Sekolah Menengah Kota dekat sini.
Kira-kira 5 juta ketua isi rumah di seluruh Malaysia akan menerima bantuan BR1M 2.0 ini dan pemberian ini dianggap terhenti setakat tahun 2012 sahaja, tetapi telah dipanjangkan ke tahun 2013.

"Malah sekiranya ada rezeki, negara beruntung dan sekiranya sumber mencukupi bantuan ini akan dinaikkan pula kepada RM1,000", katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyampaian BR1M 2.0 di Dewan Kota Jelasin, SMK Kota.

Katanya, kira-kira 12,000 penerima bantuan BR1M 2.0 akan menikmati wang agihan RM500 kepada ketua isi keluarga. Malahan program selanjutnya pada 7 Februari lalu dan pada 9 Februari nanti, program ini akan diadakan di Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI) pula sehinggalah selesai pada penghujung bulan Februari 2013 ini nanti.

Datuk Hanapi ketika memberikan ucapan di Majlis Penyampaian BR1M 2.0.
Orang ramai sedang beratur untuk mendaftarkan diri sebagai penerima BR1M 2.0.
Lebih 700 penerima BR1M 2.0 pada hari pertama majlis BR1M 2.0.
Wang BR1M 2.0 bernilai RM500 mula diagihkan pihak CIMB Bank Berhad, Jalan Maju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads