03 di jelawat kelantan - Google Blog Search |
RM5j Bantu 13,000 Penerima <b>Di</b> DUN <b>Jelawat</b> | Kota Bharu News Posted: 17 Feb 2013 05:31 PM PST BACHOK - Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM5 juta bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2 untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat membabitkan lebih 13,000 penerima termasuk 3,600 orang bujang. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, keputusan kerajaan meneruskan pemberian bantuan sebanyak RM500 itu kepada ketua keluarga dan RM250 kepada golongan bujang adalah wajar kerana membantu golongan berpendapatan rendah menjalani kehidupan mereka. Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Kelantan berkata, maklum balas yang diterima dalam kalangan rakyat terutama golongan petani, nelayan dan buruh kasar di negeri ini berhubung pelaksanaan BR1M adalah sangat positif. "DPIM Kelantan telah membuat analisis dan tinjauan di peringkat akar umbi mendapati 99 peratus rakyat miskin dan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah di negeri ini menghargai dan menyanjung tinggi pemberian BR1M. "Hanya satu peratus yang memperlekehkan keikhlasan kerajaan kerana terlalu taksub dengan pengaruh parti pembangkang walaupun mereka turut mengambil dan menikmati manfaat daripada pemberian bantuan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis makan pagi dan sembang bersama rakyat di Kedai Kopi Fauzi Pekan Jelawat, dekat sini hari ini. Ilias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata demikian ketika diminta mengulas jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa BR1M tidak akan dihentikan kerana ia adalah pulangan semula kepada rakyat hasil pertumbuhan ekonomi negara yang tinggi. Mengulas lanjut, Ilias berkata, pemimpin pembangkang sepatutnya tidak mempolitikkan pemberian BR1M kerana pendekatan itu adalah usaha murni Kerajaan Pusat dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya selaras dengan dasar negara berkebajikan yang telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat diterajui oleh Barisan Nasional (BN). Kata Ilias, negeri-negeri di bawah parti pembangkang termasuk Kelantan yang kaya dengan hasil bumi, juga boleh melaksanakan pendekatan sama sekiranya berkemampuan untuk berbuat demikian. Apa yang penting bagi kerajaan negeri kata beliau, untuk merancang pembangunan bagi memacu pertumbuhan ekonomi berbanding memperlekehkan setiap setiap usaha murni BN dalam membantu rakyat. "Setakat ini tiada apa pun dilakukan oleh pembangkang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri berhubung kebajikan rakyat Kelantan kecuali lebih fokus kepada isu politik, ceramah dan slogan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di jelawat kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan