Jumaat, 15 Februari 2013

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Umno <b>Kelantan</b> upah penulis burukkan PAS

Posted: 13 Feb 2013 11:57 PM PST

JELI: Umno Kelantan kini terpaksa berhempas pulas bagi mengembalikan fenomena 2004, di mana ketika itu berjaya melonjakkan kedudukan kepada tahap lebih selesa.

Hari ini Datuk Mustapa Mohamed mengimpikan situasi 2004 berulang semula berdasar kepada beberapa kenyataan media, dengan harapan jawatan Menteri Besar yang pernah diimpikan boleh menjadi realiti.

Biar pun tidak menguar-uarkan secara terus terang seperti pernah dilakukan Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan menaikkan sepanduk sebagai bakal Menteri Besar Kelantan menjelang PRU12, Mustapa dilihat tidak gopoh seperti Awang.

Sehubungan itu sumber rapat dengan Umno di sini memberitahu Mustapa terpaksa melakukan apa sahaja bagi membolehkan situasi 2004 berulang kembali.

Antaranya Umno Kelantan dikatakan mengupah penulis upahan bagi memburuk-burukkan kerajaan negeri dan PAS melalui buku dan risalah yang dijangka disebar pada kempen pilihan raya PRU13.

Menurutnya buku terbabit antaranya dihasilkan bekas wartawan Utusan Malaysia dan seorang blogger yang rapat dengan Umno.

Katanya, buku yang ditulis bekas wartawan terbabit membincangkan tema transformasi rakyat Kelantan dengan mengutip semula cerita-cerita lama bagi menghodohkan kerajaan negeri.

"Bekas wartawan terbabit ketika bertugas di Kelantan sebelum ini pernah menulis untuk Umno dengan mendapat upah yang agak lumayan," kata sumber itu.

Menurutnya juga buku dan risalah tersebut difahamkan akan disebarkan secara meluas ke seluruh Kelantan pada kempen pilihan raya umum ke-13.

Dalam perkembangan berkaitan banyak bahagian Umno di Kelantan dikatakan tidak senang dengan tindak tanduk Mustapa hanya mempromosi dirinya dalam sebuah akhbar harian tanpa memberi ruang kepada pemimpin lain.

Satu sumber lain memberitahu Ketua Umno Kelantan tersebut dikatakan membeli ruang khas dalam media berkenaan sehingga dua muka surat hampir setiap hari bagi memaparkan aktivitinya.

"Bukan Mustapa sahaja yang hendak menang, Ketua Umno di bahagian lain juga hendak menang. Tapi apa yang berlaku sekarang Ketua Umno Jeli itu hanya mengutamakan dirinya sendiri," ujarnya.

Sementara itu sumber di Kuala Lumpur pula mendakwa Umno Kelantan dijangka menghimpunkan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan dalam masa terdekat bagi mempengaruhi mereka untuk menyokong BN.

Katanya, agen yang dilantik Umno sedang mencari anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor supaya hadir pada program berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads