Isnin, 25 Februari 2013

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Banglo Dua Tingkat Hangus | Detik Perubahan

Posted: 24 Feb 2013 12:18 PM PST

imageTUMPAT – Seramai 10 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas banglo dua tingkat mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Tanjung Kuala, tengah hari semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan pemiliknya, Rostafli Mohamed, 44, rugi RM180,000 setelah rumah dan harta benda tidak dapat diselamatkan.

Turut terbakar, dua motosikalnya manakala dua kereta jenis Perodua Viva dan Toyota Vios sempat diselamatkan selepas penduduk memecahkan cermin kereta sebelum menolaknya ke tempat selamat.

Rostafli, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting berkata, ketika kejadian, dia berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu dan terus pulang selepas menerima panggilan daripada anak sulungnya, Mohd Kamarul Hafiz, 22.

"Saya terkejut setelah melihat keseluruhan rumah hangus terbakar. Agak terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen penting dan data dalam komputer apabila ia turut hangus," katanya yang mendiami rumah itu sejak 21 tahun lalu.

Dalam pada itu, dia bersyukur sebab semasa kejadian, tiga anaknya, Mohd Kamarul Riduan, 16, Mohd Kamarul Aiman, 14 dan Mohd Kamarul Izz, 6, selamat.

"Mereka tinggal bertiga dalam rumah itu selepas anak sulung saya, Mohd Kamarul Hafiz bersama isterinya keluar selepas saya memintanya datang ke IPG menghantar peralatan belajar saya yang tertinggal di rumah," katanya yang mempunyai enam anak dan seorang cucu.

Isteri Rostafli, Che Noriyan Che Min, 43, juga tiada di rumah kerana keluar berniaga dan pasangan ini turun dari rumah sejak awal pagi lagi.

Sementara itu, anaknya, Mohd Kamarul Riduan berkata, dia menyedari rumahnya terbakar selepas terhidu bau asap ketika leka bermain permainan video di tingkat atas bersama Mohd Kamarul Izz.

"Curiga dengan bau itu, saya terus turun ke bawah bersama adik lalu menjenguk ke dapur dan terkejut melihat api marak membakar dapur gas dan merebak membakar tiub saluran gas.

"Saya panik apabila melihat api begitu marak, terlintas di fikiran saya untuk padamkan kebakaran tetapi air tidak ada sebab suis enjin air ditutup.

"Apabila api semakin marak, saya membawa Mohd Kamarul Izz  keluar menyelamatkan diri termasuk seorang lagi adik saya, Mohd Kamarul Aiman yang  berada di ruang tamu tingkat bawah," katanya.

Ketua Balai Bomba Tumpat, Yaacob Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.29 tengah hari dan tiga jentera dari Balai Bomba Tumpat, Pengkalan Kubor dan Kota Darul Naim bergegas ke tempat kejadian.

"Api dapat dikawal jam 2.03 petang dan punca kejadian masih disiasat," katanya.

Kesedihan keluarga tersebut terubat apabila Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Penyelaras Dun Kelaboran, Wan Hanapi Wan Yaakob berada di tempat kejadian memberi sokongan moral dan sumbangan. – Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads