Isnin, 4 Februari 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Bicara Mentari: HIMPUNAN RAKYAT <b>DI KOTA BHARU</b> PULA

Posted: 13 Jan 2013 10:47 PM PST

Pas menjelaskan kutipan derma terpaksa dibuat daripada peserta Himpunan KL112 untuk membayar sewa Stadium Merdeka yang dilaporkan berjumlah RM100,000.  Tetapi itu tidak mendatangkan masalah bagi Pas kerana jumlah kutipan pada hari ini dikatakan mencecah RM300,000.  Itu kira untung untuk penganjur.  Patutlah Pas suka buat perhimpunan.  Rupa-rupanya hendak kutip derma.

Berbalik kepada bayaran sewa stadium yang mahal, rasanya elok Pas buat himpunan di stadium di negeri-negeri diperintah pakatan rakyat.  Mereka boleh pilih mana-mana stadium di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang atau Selangor. 

Rasanya Pas tidak perlu bayar apa-apa.  Percuma. 

Tambahan pula, mengapa perlu dibuat di Kuala Lumpur.  Elok dibuat di negeri di bawah pakatan rakyat. Ia membawa kuntungan kepada peniaga dan mengembirakan hati penduduk di bandar berkenaan.  Peniaga boleh untung besar.  Bab kata, untung berganda-ganda.  Niaga sehari, cukup untuk makan sebulan atau setahun. 

Jadi, saya cadangkan agar di buat di Kota Bharu.  Di Stadium Sultan Muhammad Keempat.  Elok benarlah di Kota Bharu, Serambi Makkah dan bandaraya Islam.  Pas perlu promosikan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam yang tidak ada di negeri lain.  Satu-satunya bandaraya Islam di Malaysia. 

Penduduk dan rakyat Kelantan tentu sokong penuh himpunan di adakan di Kota Bharu.  Nik Aziz kena fikirkan keuntungan yang diperoleh rakyat Kelantan melalui himpunan itu. 

Masa himpunan mesti dilanjutkan.  Kalau boleh berhari-hari.  Semakin lama, semakin untung peniaga.  Masa berkumpul lebih lama sebab tidak ada masalah dengan pihak stadium.  Kosnya percuma.  Siap boleh tidur di dalam stadium lagi.  Tidak ada siapa hendak halang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads