03 di kuala krai - Google Blog Search |
mummybloggers.com: Jambatan Biak-Kandek <b>di Kuala Krai</b> siap 18 <b>...</b> Posted: 29 Jan 2013 12:48 AM PST KOTA BHARU: Pembinaan Jambatan Biak-Kandek merentangi Sungai Pergau di Kuala Krai dijangka siap mengikut jadual dalam tempoh 18 bulan, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustaffa. Beliau berkata, tiada masalah teknikal yang boleh menghalang jambatan berharga RM32 juta itu siap dalam tempoh yang dijadual. "Tender bagi pembinaan jambatan itu dikeluarkan dan kerja pembinaannya akan dimulakan tahun ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Makhtar berkata, projek itu yang dilaksana di bawah program pembangunan di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) adalah antara projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 oleh kerajaan persekutuan. Projek itu dijangka dapat memberi faedah kepada kira-kira 600 penduduk Kampung Biak dan Kandek selain ribuan pengguna lain yang sebelum ini menggunakan bot sebagai alat perhubungan utama mereka. Beliau berkata, kerjasama dua hala antara kerajaan persekutuan dan negeri amat diperlukan bagi merealisasikan projek pembangunan di negeri ini terutama yang membabitkan tapak kerana tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sementara itu, Makhtar berkata pelancaran program 'My Beautiful Malaysia Day' peringkat negeri di Pantai Irama, Bachok akan disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed Ahad ini. Program itu berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara untuk mencetus semangat sukarelawan dalam kalangan belia selaras Tahun Sukarelawan Negara. |
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan