03 di mengkebang - Google Blog Search |
Kaum Cina Kelantan sudah biasa dengan pemerintahan PAS | The <b>...</b> Posted: 15 Feb 2013 09:56 PM PST KUALA KRAI - Penduduk Cina di kawasan Parlimen Kuala Krai diseru terus beri sokongan kepada kepimpinan Pas untuk memerintah Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memastikan nasib mereka terus dibela. Yang Dipertua Pas Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sokongan itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri meneruskan kesinambungan dasar pemerintahan adil untuk semua kaum di negeri ini. Sejak Pas memerintah negeri ini pada 1990, keyakinan masyarakat Cina kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat makin meningkat dan diharap sokongan itu berterusan pada PRU13. "Masyarakat Cina di Kelantan tidak lagi takut kepada dasar Islam kerana selama lebih 20 tahun, mereka sudah merasai sendiri keselesaan hidup di bawah pemerintahan Pas. "Kerajaan negeri tidak pilih kasih jaga kebajikan rakyat kerana setiap bantuan disalurkan kepada semua yang layak tanpa kira kaum atau agama, bahkan tidak kira perbezaan parti politik," katanya. Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata demikian selepas program Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pas Dun Mengkebang di Wat Sala Wanathayan, Kampung Batu Jong, malam kelmarin. Program dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli. Abdul Latiff berkata, peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pas dapat juga dilihat di Parlimen ini kerana Kerajaan Negeri tidak pernah gagal menghulurkan bantuan kepada kaum itu. "Selain meliputi semua lapisan masyarakat berbilang kaum, bantuan disalurkan pula berterusan sepanjang tahun dan tidak kira musim pilihan raya atau tidak," katanya. Menurutnya, sokongan masyarakat Cina termasuk di Parlimen ini penting dalam usaha Pas mempertahankan Kelantan dan juga membantu Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya. "Jika semua kaum bersatu dan memilih Pakatan Rakyat, kita akan mara dengan keberkatan menuju Putrajaya bagi mengembalikan hak Kelantan yang dinafikan terutama royalti minyak," katanya. - SH |
You are subscribed to email updates from di mengkebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan