Khamis, 28 Februari 2013

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


All About Me - Hari Raya <b>di Pulau Melaka</b>

Posted: 01 Oct 2008 02:48 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua.

Hah, letih betul rasanya hari ni walaupun KakChik bukanlah buat kerja banyak sangat berbanding adik-beradik yang lain, tapi ... letih tetap juga letih.

Sebenarnya KakChik sedang 'upload' khutbah raya pagi tadi tapi sebab saiz fail agak besar, jadi lambatlah pulak. Sepatutnya dah balik rumah Mak sejak pukul 12 tadi, tapi sebab benda ni maka kami putuskan nak balik lepas Asar dan bermalam di rumah Mak.

Pagi tadi khutbah Tok Guru memang jelira didengar. KakChik dengan susah payah membuat rakaman dari tingkat atas Masjid Pulau Melaka. Bukan senang tau! Sampai lenguh lengan kanan yang memegang telefon nak rakam khutbah dari awal sampai akhir. Alhamdulillah dapat juga walaupun tak berapa profesional. Kot-kotlah ada rakan-rakan di luar sana yang teringin mendengarnya... kira KakChik tolong merekalah ni.

Oleh kerana 'upload' video ni lambat sikit, kita tengok gambarlah dulu. Suasana sekitar masjid:

Tok Guru sedang berkhutbah. Maaflah kualiti gambar ni kurang elok sebab KakChik guna telefon Nokia 6120C je untuk ambik gambar, dah tu fokus dari tempat yang agak jauh juga.

Dari tempat duduk KakChik sebenarnya tak dapat nak tengok Tok Guru, terpaksa KakChik hulurkan tangan keluar dari celah-celah tiang tingkap tingkat atas bahagian Muslimat. Nasib baik boleh nampak. Tok Guru berkhutbah hanya dengan berdiri memegang tongkat. Muslimat yang kat atas ni berebut sikit-sikit untuk peluang duduk di tepi tingkap sebab bolehlah mengintai Tok Guru berkhutbah di bawah. Terima kasih kat adik kecik yang bagi tempat duduk dia kat KakChik sampai boleh KakChik buat rakaman.

Orang ramai mengerumuni Tok Guru untuk bersalam selepas selesai Solat Sunat Aidil Fitri. Tahun ni KakChik lihat tak jemaah tidak seramai tahun-tahun lepas. Agaknya ramai yang tak balik beraya di kampung.

Ahli jemaah boleh dikatakan agak lengang kerana kebiasaannya bila KakChik sampai di masjid dalam pukul lapan, bahagian Muslimat sudah penuh atas-bawah. Tapi kali ni ruang di atas masih agak longgar dan solat akan diadakan pada pukul 8.30 pagi, lebih awal setengah jam daripada biasa. Kalau tengok gambar no. 2, boleh nampak sikit kelibat Tok Guru (dekat bawah lampu, menghadap orang ramai). Susah juga nak ambil gambar yang elok sebab orang sentiasa bergerak.

Selepas solat Tok Guru jemput para jemaah ke rumahnya di belakang masjid untuk jamuan laksa. Apalagi semua pun cepat-cepat bersalaman dan lekas-lekas menuju rumah Tok Guru.

KakChik sebenarnya tak pernah makan di rumah terbuka Tok Guru. Bukan apa... nak bagi peluang orang yang datang dari jauh makan. Lagipun kami dah biasa kenal. Satu perkara lagi, KakChik tak makan laksa.... hehehe.

KakChik cuba nak masuk lebih dekat dengan rumah Tok Guru, tapi tengoklah tu... ruang jamuan di antara rumah dan Sekolah Ren. Islam Al-Anuar dah penuh sesak dengan jemaah Muslimat yang mahu berhari raya. Tak boleh nak redah... lagi pun malaslah.

Selepas mencari-cari 5 anak sedara KakChik yang datang bersama-sama tadi tapi tak jumpa, KakChik balik saja. Ingat nak ambik jalan 'short cut' tapi jalan penuh sesak dengan kenderaan dan orang yang sedang menunggu ahli keluarga untuk balik ke rumah masing-masing.

Macam biasa, berhari-raya di Pulau Melaka, jalan akan sesak dari Jambatan Tok Guru hinggalah ke Kota Jembal. Sekitar rumah kami pun penuh orang menumpang 'parking' dan biasanya Ayah akan ajak mereka ke rumah.

Jadi, jemputlah naik ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads