Khamis, 7 Februari 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Berita Harian | &#39;Messi&#39; sertai SMK <b>Rantau Panjang</b>

Posted: 03 Feb 2013 02:19 PM PST

Selepas teliti dokumen Sufian dibenarkan

Kota Bharu: Impian remaja yang pernah digelar 'Messi Malaysia', Sufian Mat, 17, untuk kembali bersekolah akhirnya tercapai apabila menerima surat kebenaran bersekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, di sini, semalam.

Surat itu disampaikan Timbalan Pengarah JPN, Zahari Daud disaksikan Penolong Pengarah Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN, Rahimi Mohamed serta Penyelia Kanan Disiplin Hal Ehwal Murid (HEM) JPN, Mohd Fauzi Ismail dan bapa saudara remaja itu, Halim Yaakob, 45.


Lapor di SMK Rantau Panjang

Zahari berkata, dengan surat kebenaran itu, Sufian boleh melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang sama ada mulai semalam atau hari ini.

Katanya, Sufian akan mula bersekolah di tingkatan lima dan menjadi tanggungjawab pihaknya membantu remaja berkenaan untuk meneruskan pelajarannya.

"Selepas meneliti dokumen diserahkan kepada JPN, Sufian dibenarkan bersekolah dan dia sendiri memilih belajar di SMK Rantau Panjang yang berdekatan dengan rumah keluarganya," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat kebenaran kepada Sufian di pejabat JPN di sini, semalam.

Sementara itu, Sufian berkata dia akan memanfaatkan peluang belajar semula itu bagi meneruskan cita-citanya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain terus menggilap bakatnya dalam sukan bola sepak.
"Saya cukup bersemangat menyambung semula persekolahan ditinggalkan sejak lebih setahun lalu, peluang ini tidak akan saya sia-siakan. Saya berterima kasih kepada JPN Kelantan kerana memberi kebenaran kepada saya untuk belajar semula," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads