03 di tumpat - Google Blog Search |
Sungai sama tetapi Golok selamat, <b>Tumpat</b> banjir Posted: 02 Jan 2013 03:27 AM PST
(Datuk Kamarudin [baju kuning] menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada mangsa banjir) TUMPAT: Rakyat di seluruh negara khususnya Kelantan diminta menolak kerajaan Umno dan BN memandangkan pemimpin parti itu telah lama mendera rakyat Kelantan khususnya dalam pembinaan tebatan banjir. Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata akibat penderaan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN, masyarakat Kelantan khususnya Tumpat dan Rantau Panjang terdedah dengan banjir. Menurutnya, ianya berlaku berikutan keengganan kerajaan Pusat membina tebatan banjir sebagaimana kerajaan Thailand membinanya di Sungai Golok. "Aliran air sungai yang sama, iaitu Sungai Golok, tetapi rakyat Thailand terselamat dari masaalah air banjir, sebaliknya rakyat Malaysia di Kelantan ini menderita akibat keenganan kerajaan untuk membina tebatan itu,"katanya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan penyampaikan sumbangan banjir kepada hampir 1,000 keluarga di Dun Pengkalan Kubur Isnin lalu. Jelasnya, permohonan itu telah dinyatakan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Dauglas Unggah Embas. Malah, katanya menteri itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat berhubung dakwaan itu di Tumpat khususnya di kawasan banjir. Menurut beliau, bidang kuasa projek sebegitu adalah di bawah pusat bukannya kerajaan negeri. "Pada masa yang sama kita juga turut memohon perkara itu diselesaikan melalui Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara, Datuk Seri Nazri Aziz, bagaimanapun sehingga hari ini ianya tetap sama,"ujarnya. Untuk itu, katanya tiada gunanya rakyat memberi ruang pada kerajaan BN memerintah negara sekiranya nasib mereka diabaikan. Kamaruddin melakukan lawatan dan mengagihkan sumbangan kepada mangsa di tiga tempat, Kampung Telaga Bata, Kajang Sebidang dan Telok Jering. Sumbangan itu berupa beras, gula, biskut, sardine serta keperluan harian yang lain. |
You are subscribed to email updates from di tumpat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan