03 di bachok - Google Blog Search |
HIKMAH IV <b>di</b> Kandis, <b>Bachok</b> - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam <b>...</b> Posted: 24 Mar 2013 10:41 AM PDT Setelah berapa lama berehat untuk makan tengah hari dan solat Zuhur acara pun disambung kembali dengan sesi pembentangan petang. Ikut jadual ia sepatutnya dimulakan jam 2.30. Tapi biasa le. Bila dah layan berbual dan macam-macam ia terlewat bermula setengah jam. Pada saya ini tidak menjadi masalah kerana aturan Qada' dan Qadar Allah sudah pun mengubah keadaan dan memberikan masa terluang. Pertama, pembentang pertama sesi petang iaitu Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas tidak dapat datang kerana muncul hal tertentu. Namun beliau telah menghantar kertas kerja bertajuk "Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni" lebih 50 muka surat A4 lalu saya meminta MC memberitahu bahawa kertas kerja itu insyaallah akan dikongsikan nanti di blogspot. Maka itu biar diumumkan pembentang seterusnya, pembentang yang memang dijadualkan mula bercakap jam 3. Beliau adalah Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City, memandu dari Pulau Pinang untuk HIKMAH IV. Kertas kerja bertajuk "Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja" mahu dibentangkan bersama sahabat lama saya Amirul Haji Mohamad yang telah membentang kertas kerja tentang dinar dirham pada HIKMAH I, II dan III. Tetapi Amirul yang telah bergerak dari Lembah Klang menghala ke Kelantan petang Jumaat terpaksa berpatah balik apabila menerima berita kehilangan ahli keluarga. Adalah menarik apabila Ustaz Hassan membuka kertas kerja dengan menyatakan bahawa matawang dinar dan dirham telah ditempa oleh bapa seluruh manusia, Nabi Adam AS sendiri menggunakan teknologi yang dibawa dari syurga. Sambil mengenengahkan nas-nas bernas dari kitab-kitab kajian ulamak tersohor beliau yang nampaknya mendapat didikan utama di Timur Tengah menyatakan bagaimana matawang dinar dirham akan membawa kembali kekuatan Islam sebagai persediaan untuk kekhalifahan Imam Mahdi nanti. Kelihatan pengarah Akademi Nik Rashiddin merangkap tuan rumah, Puan Rosnawati mengambil gambar. Ikut atur cara asal, selepas kertas kerja Hassan sampailah masa untuk aktivis silat dan busana, Tun Muhammad Farul membaca sajak tentang perjuangan Melayu, sajak yang diperkenalkannya pada HIKMAH III di Lumut 27 Januari 2013. Tetapi beliau juga tidak dapat muncul apabila mengadu sakit akibat kemalangan seminggu sebelum acara datang kembali. Rujuk cerita pada HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembukaan yang mendebarkan. Ikut atur cara tersebut ada ruang 15 minit untuk sajak. Ruang tersebut pun diberikan kepada satu kumpulan lain yang turut mempejuangkan penggunaan matawang dinar dan dirham. Kumpulan ini terkait dengan satu badan peringkat dunia bernama World Islamic Mint lalu bertanggungjawab mencetak sejumlah mata wang tersebut untuk beberapa kesultanan di Asia Tenggara. Pada awal HIKMAH IV mereka telah meminta kepada saya ruang untuk bercakap. Saya berjanji akan memberikan apabila nampak ada masa terluang yang sesuai. Melihat bagaimana ruang boleh diberikan untuk apa-apa persembahan bila ada masa terluang Puan Rosnawati meminta agar dapat ditunjukkan satu rakaman video mengenangi perjuangan arwah suaminya merangkap pengasas ANR, Nik Rashiddin dalam dunia senia ukiran kayu. Video "Tribute to Nik Rashiddin" itu kemudian diberikan kepada saya untuk dimuatnaik ke Youtube. Saksikanlah ia di sini... Kemudian baru dimulakan sesi berkumpulan menurut minat, jadi lebih setengah jam lewat dari jadual asal bermula 3.45 petang. Tetapi ini tidak menjadi masalah. Sesi berkumpulan boleh diteruskan walaupun ikut jadual asal 4.30 petang harus bermula rehat untuk solat Asar. Pengalaman pada HIKMAH I, II dan III menunjukkan pada awalnya peserta yang tidak pernah ke acara HIKMAH sebelumnya ada terasa sedikit pelik apabila diminta duduk dalam kumpulan menurut minat. Tetapi lama kelamaan mereka akan seronok berbual dan berbincang sehingga terlupa bila sesi harus tamat. Oh. Untuk sesi kali ini saya meminta setiap kumpulan agar memberikan maklum balas tentang cara-cara untuk menzahirkan penggunaan dinar dan dirham pada peringkat lebih besar. Tentang solat Asar saya lihat ramai pun sudah menjamakkannya kerana datang dari jauh. Mereka yang datang dari dekat pula bila-bila masa boleh meninggalkan kumpulan sebentar untuk bersolat atau melaksanakannya kemudian. Keadaan peserta seronok dengan kumpulan menyebabkan acara penutup yang dijadualkan bermula 5 petang dibiarkan bermula lewat lebih 20 minit. Ucapan penutup bertajuk "Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Demi kedaulatan Melayu dan Islam" dibuat oleh saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH. Nasib baik ada orang mengambil gambar ini dan meletakkannya di Facebook. Saya sendiri tiada mengambil gambar, kalau rakaman video yang orang ambilkan ada le. Walaupun tajuk ada menyebut perkataan Langkasuka saya hampir tidak menyebut langsungnya. Sebaliknya saya menyebut sedikit tentang kerajaan Melayu Patani yang merupakan antara tinggalan warisan Langkasuka (selain Kedah), tentang Perjanjian Bangkok 1909 yang menyebabkan Patani kini berada di dalam negara Thailand dan kenapa apa-apa usaha untuk membatalkannya harus disertai pembatalan terhadap satu perjanjian lebih awal bernama Perjanjian Burney 1826. Kemudian saya menyebut agak panjang lebar visi peribadi saya tentang perjuangan panji-panji hitam dan langkah membina daulah dari Timur. Upacara penutup ini disertai pembacaan Doa Nasiri oleh kumpulan penggiat dinar dirham yang terkait dengan World Islamic Mint. Kebetulan mereka juga adalah pengamal Tariqat Darqawi-Shadzili-Qadiri. Doa Nasiri merupakan satu kumpulan doa yang pernah diamalkan oleh pengikut Tariqat Shadzili dan cabang-cabang berkaitan di Afrika Utara untuk menolak kezaliman terutama oleh penjajah Barat terhadap umat Islam. Kumpulan ini turut menghadiahkan 100 naskah buku kecil doa pada peserta. Ini pula adalah sesi bergambar beramai-ramai. Ketika gambar diambil sudah jam 6. Ketika itu sudah ramai meninggalkan majlis. Selepas upacara penutup saya sibuk mengemas barang sambil melayan orang berbual. Sekitar 15 minit kemudian baru terfikir untuk memanggil peserta bergambar. Selepas acara tamat juga baru saya tahu ada tetamu dari jauh dapat muncul tetapi mereka sampai selepas Asar. Tetamu tersebut adalah Dr. Saiful Haq dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (dua dari kiri) dan Profesor Nurhayati dari Makassar, Sulawesi Selatan tetapi sering menghabiskan masa di APM untuk kajian. Yang mengambil gambar ini pula seorang pensyarah dari Kalimantan. Jadi fikirlah sendiri sampai ke tahap mana HIKMAH sudah diiktiraf orang. |
You are subscribed to email updates from di bachok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan