03 di demit kelantan - Google Blog Search |
Muslimat PAS <b>Demit</b> & Muslimat PAS <b>Kelantan</b> gigih jalankan <b>...</b> Posted: 17 Dec 2007 08:18 PM PST
"Muslimat PAS bersama unit dakwah dan halaqah turut mengadakan khidmat kaunseling khusus bagi membantu mereka menghadapi trauma bencana banjir, terutama bagi yang kehilangan orang tersayang," ujar Ketua Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Siti Zailah Yusof ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat berkata Muslimat PAS Kelantan telah mengambil langkah segera bagi membantu mangsa banjir, sama ada pada tempoh sebelum, semasa dan selepas bencana itu berakhir. Ini katanaya, pada kebiasaannya, pihak yang menghulurkan bantuan hanya memikirkan keperluan mangsa dari sudut fizikal sahaja, tanpa mengambil kira pengisian rohani serta pembangunan jiwa mangsa yang tertekan akibat tragedi tersebut," "Pada peringkat awal banjir, kami mengadakan majlis solat hajat khusus bagi menghadapi kedatangan air bah, kemudian disusuli dengan ziarah bagi menyerahkan bantuan ke pusat pemindahan mangsa banjir. Yang terbaru kami menjejaki mangsa yang terperangkap, rumah mereka terkepung," katanya. Hari ini, DMPNK turun ke beberapa kawasan seperti Manek Urai di Hulu Kelantan dan Tanah Merah untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terperangkap di sana. Ujarnya lagi, setakat ini mereka telah membentuk 27 kumpulan pasukan ahli Nisa' Kelantan yang membantu membersihkan rumah mangsa yang air surut bermula pada hari ini di daerah Tanah Merah. Selain bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan Kelantan, pasukan Nisa' tersebut juga turut menghulurkan bantuan dengan menyediakan barang-barang keperluan dan penempatan bagi golongan warga emas dan golongan yang sakit serta uzur di Rantau panjang, selain memberikan motivasi kepada mereka. Menurutnya lagi, satu majlis solat hajat dan tazkirah akan diadakan di Masjid Sultan Ismail Petra bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena memperingati peristiwa wukuf di Arafah pada 18 Disember, esok. "Ketika kami mengunjungi mangsa di kawasan Sokor Estet, satu tempat di Tanah Merah, kenderaan kami terperangkap sehingga terpaksa ditarik menggunakan rantai. Perjalanan ke sana juga memakan masa selama enam jam untuk masuk ke kawasan tersebut, dan sembilan jam ketika mahu meninggalkan kawasan tersebut," katanya menceritakan pengalaman menjejaki mangsa yang terpaksa makan ubi setelah terputus bekalan beras. Siti Zailah yang juga merupakan mantan senator Dewan Negara menekankan bahawa tanggungjawab membantu mangsa bencana banjir ini adalah menjadi kewajipan semua pihak, apatah lagi Kelantan yang meletakkan dirinya sebagai negeri kebajikan. "Saya merayu kepada semua pihak agar menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan serta makanan bagi meringankan beban mangsa banjir," katanya lagi. Segala sumbangan kewangan bolehlah dihulurkan kepada 'Tetuan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan – 3018010039791 Bank Islam Malaysia Berhad. Manakala sumbangan dalam bentuk makanan, keperluan harian serta perubatan boleh diserahkan di Pejabat DMPNK, Tingkat 1, Bangunan Badan Perhubungan PAS Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Jumlah korban mangsa banjir di Kelantan setakat ini telah meningkat kepada 14 orang yang mana kanak-kanak adalah golongan yang paling ramai. – mns Filed under: Aktiviti |
You are subscribed to email updates from di demit kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan