ads

Rabu, 6 Mac 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Rakyat <b>Kelantan</b> Diminta Sokong Tok Pa | Detik Perubahan

Posted: 16 Feb 2013 10:13 AM PST

tok pa3BACHOK – Rakyat Kelantan perlu memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menerajui kepimpinan negeri ini, sekiranya mahu perubahan, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Mustapa mampu melakukan perubahan mengikut cita rasa rakyat, terutama tranformasi ekonomi, jika diberi peluang.

"Kelantan memerlukan kemasukan pelabur asing yang berskala besar untuk menjana ekonominya agar memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian zakat kepada 335 anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kampung Kemudi hari ini.

Sebelum ini, Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli, disebut-sebut akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeli dan bakal dilantik Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat menawan negeri ini pada PRU-13.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata kemampuan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah terbukti apabila beliau berjaya menarik sejumlah besar pelaburan asing ke negara ini.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama pesara polis di Jelawat, Awang Adek berkata dengan sokongan padu kerajaan pusat, kemampuan Mustapa semakin terserlah untuk membangunkan negeri ini agar setanding negeri lain.

Beliau berkata ini termasuk janji tujuh projek besar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.

Selain itu, pembinaan masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu serta menyelesaikan masalah air.

"Inilah peluang terbaik untuk rakyat Kelantan berubah, dan saya memberi sokongan penuh terhadap kemampuan beliau," katanya. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved