03 di jeli kelantan - Google Blog Search |
- BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search
- Shahbudin dot com: Tawan <b>Kelantan</b>: Hanya Angan-Angan <b>...</b>
- BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search
BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 19 Mar 2013 11:29 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Shahbudin dot com: Tawan <b>Kelantan</b>: Hanya Angan-Angan <b>...</b> Posted: 16 Mar 2013 08:42 PM PDT Jumaat lalu Najib sekali lagi melawat Kelantan. Ia dianggap lawatan terakhir Perdana Menteri ke negeri yang ditadbir oleh Pas selama 23 tahun itu sebelum Parlimen dibubarkan. Jika dalam lawatan terdahulu iaitu tidak sampai dua bulan yang lalu, Najib menaburkan 7 janji yang akan dilaksanakan oleh BN jika berjaya menawan Kelantan, dalam kunjungannya kali ini beliau menghuraikan pula 7 dosa yang telah dilakukan oleh Pas sejak mentadbir negeri itu. Walaupun huraian Najib tentang janji dan dosa itu banyak yang boleh dipertikaikan dan tidak lebih sebagai serangan politik semata-mata tetapi yang jelasnya ia menggambarkan kesungguhan beliau mahu menawan kembali negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan mengembalikannya ke pangkuan BN. Selain mempertahankan Putrajaya dan menawan kembali Selangor di mana Najib juga merelakan dirinya menjadi Pengarah Pilihanraya negeri itu, nampaknya Kelantan juga turut menjadi sasaran Najib dalam pilihanraya kali ini. Meskipun Najib nampak bersungguh mahu menawan kembali Kelantan tetapi banyak pihak yang ditemui sangsi dengan sasarannya itu. Sementara beliau menunjukkan kesungguhan ke arah itu, realitinya usaha beliau itu tidak disambut sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sendiri. Kebetulannya Jumaat lalu, saya juga berada di Kelantan dan menyaksikan dari dekat senario politik yang sedang berlaku di negeri itu ketika ini. Walaupun saya tidak hadir di mana-mana majlis yang dihadiri Najib pada hari itu, tetapi apa yang dapat disaksikan dengan mata kepala sendiri mengenai perilaku pemimpin UMNO sendiri sebenarnya amat menyedihkan sekali. Di sebalik meriahnya sambutan yang diterima Najib di Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu, sebenarnya sikap berpuak-puak dan politik cah keting amat jelas dalam politik negeri Kelantan ini. Tindakan sambil lewa, memulaukan majlis dan tidak menunjukkan komitmen amat jelas dapat dilihat. Dalam program Najib di Kota Bharu pada petang Jumaat itu misalnya, didapati tidak semua Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat turut menghadirinya. Beberapa pemimpin yang tidak hadir dan seolah-olah tidak memberi sokongan moral kepada majlis di Kota Bharu itu di mana Ketua UMNO Bahagiannya ialah Fatmi Che Salleh yang juga Setpol Perdana Menteri, didapati hanya duduk bersantai-santai dan berbual-bual kosong di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Antara mereka itu termasuk Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat. Mereka ini tidak menghadirkan diri di majlis yang dihadiri Najib di Kota Bharu tetapi hanya menunggu di lapangan terbang untuk bersalam dan menunjukkan muka ketika Najib mahu berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas itu. Beberapa ahli UMNO yang ditemui di lapangan terbang itu memberitahu, perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi dalam politik Kelantan. Mereka ada puak-puak sendiri dan hanya menghadiri majlis yang melibatkan puak mereka saja. Jika majlis oleh puak lain, mereka tidak akan menghadirinya dan lebih rela menghabiskan masa bersantai-santai bersama penyokong sendiri di tempat yang lain. Tetapi tambahnya, dalam bab menyambut ketibaan Perdana Menteri atau menghantarnya pulang, mereka inilah yang sering berebut-rebut menunjukkan muka dengan harapan terus dipilih sebagai calon dalam pilihanraya akan datang ini. Ketika di lapangan terbang itu juga, semasa isteri Perdana Menteri tiba kira-kira setengah jam sebelum ketibaan Najib, mereka ini turut berebut-rebut untuk bersalam dan ada setengahnya yang turut mencium tangan Rosmah Mansor yang pada patang itu memakai baju kurung berwarna putih susu. Kemudian kira-kira setengah jam kemudian apabila Najib tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi pemimpin dan wakil rakyat UMNO yang tidak hadir di majlis di Kota Bharu itu menampakkan wajah mereka di depan Najib seolah-olah kesetiaan mereka kepada UMNO tidak perlu diragui lagi. Daripada gambaran ini, jelas bahawa sikap berpuak-puak dalam politik UMNO Kelantan amat sukar untuk dihapuskan. Walaupun Najib bersungguh mahu menawan kembali negeri itu, ramai yang tidak meyakininya berdasarkan sikap dan perangai pemimpin UMNO itu sendiri. Malah ada yang menggambarkan harapan Najib untuk menawan Kelantan bakal menjadi angan-angan 1Malaysia sahaja. Dalam perbualan dengan banyak pihak di Kelantan, gambaran yang terpapar ialah pemimpin UMNO Kelantan sebenarnya lebih gemar negeri itu dikuasai oleh Pas berbanding daripada ia dikuasai oleh BN. Ini kerana jika dikuasai Pas, pemimpin UMNO merasakan mereka mempunyai akses terus dengan pemimpin Pusat berbanding jika di negeri itu kuasai oleh BN yang tentunya menyebabkan semua pengaruh, kuasa dan peruntukan akan berpusat di pejabat Menteri Besar pula. Selama ini pun ramai pemimpin Kelantan menikmati kemewahan dan keselesaan berbanding rakan-rakan mereka di negeri lain kerana kelebihan akses terus dengan pelbagai pemimpin di peringkat Pusat itu. Dalam masa yang sama, ada juga dakwaan mengatakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed sendiri dikatakan tidak seserius mana untuk menawan kembali negeri itu daripada Pas. Mustapa dikatakan lebih banyak menumpukan kepada kawasan Parlimen Jeli, dengan banyak peruntukan dan pembangunan hanya ditumpukan di kawasan itu sahaja manakala penglibatannya di kawasan lain dilihat hanya sebagai memenuhi syarat semata-mata. Yang dipentingkan bagi Mustapa ialah selagi beliau menang di Jeli, selagi itulah beliau akan kekal sebagai menteri sekurang-kurangnya untuk tempoh satu atau dua penggal lagi. Menang di Jeli nampaknya hasilnya tetapi berusaha menawan semula Kelantan belum tentu untung ruginya lagi. Sementara Najib bersungguh-sungguh mahu menawan Kelantan dan menyerang Pas dengan pelbagai isu, hakikatnya harapan beliau itu lebih mudah menjadi angan-angan berbanding kenyataan. Ii digagalkan oleh pemimpin UMNO Kelantan sendiri. (SH 17/03/2013) | ||
BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search Posted: 20 Mar 2013 12:29 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di jeli kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan