03 di machang - Google Blog Search |
- .: Pengganti Saifuddin <b>di Machang</b> Sudah Ada?
- JALAN PULANG: Siapa Ganti Saifuddin Nasution <b>Di Machang</b>?
- Ceramah YB Dato Hamidah <b>di Machang</b> cuba dihalang oleh <b>...</b>
.: Pengganti Saifuddin <b>di Machang</b> Sudah Ada? Posted: 27 Feb 2013 07:37 AM PST SEBELUM LELAP Teka-teka mengenai kedudukan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sudah terjawab malam tadi apabila Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengumumkan ahli parlimen Machang itu akan bertanding di kerusi Kulim - Bandar Baru di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bermakna Saifuddin sah meninggalkan Kelantan dan akan berpindah kerusi ke negeri asalnya Kedah. Menjelaskan perpindahan itu di Machang malam tadi Anwar mengatakan ia atas permintaan rakyat bukannya kerana apa-apa masalah di sebaliknya. Pemilihan Saifuddin bertanding di Kulim - Baru Baru juga sebagai mengembalikan keyakinan rakyat kepada PKR. Saifuddiin adalah antara empat orang bukan anak Kelantan yang bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum lalu. Tiga dari mereka ialah bekas timbalan presiden PAS alias "orang itu" di Bachok, Dr Mohad Hatta Ramli di Kuala Krai dan Salahudin Ayub di Kubang Kerian. Pengumuman mengenai kedudukan Saifuddin itu juga menjawab siapakah yang bakal bertanding di kerusi parlimen Machang. Sebelum ini terdengar desas desus mengatakan kerusi Machang yang diperuntukan kepada PKR akan ditukar dengan kerusi Bachok yang diberikan kepada PAS. Alasan pertukaran ialah kerana PKR tidak ada calon berwibawa di Machang manakala PAS pula bermasalah untuk mencari calon yang boleh berdepan dengan Awang Adek Hussein, seorang timbalan menteri. Bekas ketua pemuda Umno Kelantan, Zaiyadi Awang Noh disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk berhadapan dengan Awang Adek memandangkan dia mempunyai keluarga besar. Bagaimana pun Zaiyadi dilihat masih sayangkan Umno untuk menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat dan dia juga tidak terdesak untuk menjadi calon. Kalau Machang diserahkan kepada PAS, Adun Pulai Chondong Zulkefli Mamat dikatakan akan menerusi tugas dan tanggungjawab Saifuddin bagi mempertahankan kerusi Machang. Zulkefli disebut-sebut akan meninggalkan kerusi Pulai Chondong yang sudah dipegang selama dua penggal setengah. Tampaknya 'projek pertukaran' itu tidak menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak mengumumkan calon sesuai untuk diletak di Machang, tetapi saya difahamkan sudah ada seorang tokoh pendidik asal anak Labok Machang dikatakan sudah dikenal pasti akan diletak bertanding di situ menggantikan Saifuddin. Kerusi Bachok pula diserahkan kepada PAS bagi menentukan calon untuk mengganti "orang itu" yang sudah dijelaskan Mursyidul Am Pas sudah tidak ada dalam senarai calon PAS. Kemungkinan ini bakal menjadi kenyataan apabila malam tadi Zaiyadi Awang Noh yang disebut-sebut akan mengumumkan diri keluar Umno semasa ceramah Anwar Ibrahim di Ketereh tidak menjadi kenyataan. Dalam perkembangan lain Zaiyadi dikatakan sudah mengisi borang keahlian PKR tetapi sengaja tidak diumumkan? Calon yang akan diletakkan di Machang khabarnya sudah mendapat restu Anwar Ibrahim. Calon berkenaan juga mendapat 'lambaian' dan sokongan padu dari PAS Machang. Manakala calon PAS di Bachok pula nama Ariffin Mahmod terus disebut-sebut bagi berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Nama Ariffin lebih popular dari nama Zaiyadi Awang Noh. Nama Ariffin disebut bersama dua nama lain, bekas MP Bachok Wan Nik Wan Yusuf dan Adun Tawang Hasan Mahmod. Omar Mohamad walaupun dikatakan juga layak tetapi beliau tidak akan dicalonkan lagi kerana sudah terlalu usang. [wm.kl.11:35 pm 27/02/13]\ |
JALAN PULANG: Siapa Ganti Saifuddin Nasution <b>Di Machang</b>? Posted: 27 Feb 2013 02:44 AM PST Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail sah akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah, sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Machang, Kelantan. Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Padang Majlis Daerah Machang semalam. Anwar berkata, pertukaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat khususnya KEADILAN di Kedah. "Bagi tujuan itu, KEADILAN akan memilih calon terbaik bagi menggantikan kekosongan itu (Machang) malah perbincangan mengenainya berada di peringkat akhir," katanya. Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi Bandar-Kulim Baharu dimenangi calon KEADILAN, Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi. Zulkifli bagaimanapun meninggalkan parti itu tiga tahun lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas. |
Ceramah YB Dato Hamidah <b>di Machang</b> cuba dihalang oleh <b>...</b> Posted: 23 Mar 2013 05:40 AM PDT By Sungai Rapat on Saturday, March 23, 2013 with 0 comments Malam tadi di Machang ceramah YB Dato Hamidah Osman cuba dihalang oleh penyokong Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mengadakan ceramah berdekatan betul-betul dijalan masuk ke tapak ceramah YB Dato Hamidah Osman. Pentas ceramah Serikandi yang dianjurkan oleh wanitan UMNO Bahagian Machang menyaksikan lebih 5,000 penduduk setempat hadir dan mendengar ceramah sehingga tamat. Walaupun dihalang, penduduk tempatan berjumlah lebih 5000 orang sudah bersedia menanti YB Dato Hamidah bagi mendengar penjelasan mengenai penyelewengan tanah rakyat Kelantan yang diserahkan kepada pemimpin cina DAP Perak. Penduduk langsung tidak berganjak kerana ceramah YB Dato Hamidah begitu jelas dan penuh fakta. YB Dato Hamidah berjaya menerangkan dengan penuh fakta berkenaan penyelewengan tanah rakyat Kelantan yang diserahkan kepada syarikat luar terutamanya kepada syarikat cina DAP Perak Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Beberapa pemimpin tempatan meminta Pas Kelantan supaya tidak mencipta alasan dengan mendakwa wujudnya sindiket dalam isu pengambilan tanah rakyat di kawasan hulu negeri ini. Saya kurang pasti apa keadaan sebenar tetapi kalau benar sindiket, apakah ribuan penduduk di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli ini terlibat dengan sindiket, kita tidak nafikan wujud sindiket tetapi jumlah itu amat sedikit. YB Dato Hamidah Osman berkata kalau di negeri Perak ita tidak pernah merampas dengan zalim tanah yang rakyat telah usahakan tetapi di Kelantan sebaliknya dibawah kepimpinan Pas bukan sahaja sanggup meluluskan kepada syarikat luar tetapi sebaliknya mereka juga merampas hak rakyat negeri Kelantan yang telah diusahakan rakyat selama 20 sehingga 30 tahun diberikan kepada syarikat swasta di antara mereka tidak memiliki geran. Diakhir ceramah YB Dato Hamidah mengingatkan kepada rakyat Machang khasnya bahawa jaminan bahawa jika negeri Kelantan masih dibawah pemerintahan Pas tanah rakyat negeri Kelantan tidak akan terlepas ke tangan bangsa cina sudah berlalu kerana sepanjang perjalanan daripada Simpang Pulai hinggalah ke Kuala Kerai tanah tanah-tanah rakyat negeri Kelantan sudah gondol dan kebanyakannya telah diusahakan oleh pengusaha cina daripada Singapura. Walaupun hampir kesemua tanah telah diserahkan kepada pengusaha dari luar tetapi negeri Kelantan tetap masih mundur. Oleh itu pada PRU13 kali ini diharap rakyat negeri Kelantan membuat satu keputusan yang baik iaitu menukarkan kerajaan Pas kepasa kerajaan Barisan Nasional. Category: politik , wanita umno , YB Hamidah |
You are subscribed to email updates from di machang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan