Selasa, 26 Mac 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Aisya Sensei: Rindu Bertamu <b>di Pasir Puteh</b>

Posted: 18 Feb 2013 09:21 AM PST

Assalamualaikum w.b.t

* AWAS, ENTRY DITAIP PADA HARI AHAD 17/2 *

Ahah, kelas kau syah, tajuk post kali ni dah macam tajuk drama pulak. Pernah dengar tak ? Ala drama yang ada kat slot AKASIA kat TV3 tuh, Rindu Bertamu di Abu Dhabi, tapi aku ubah sikit je, ubah nam tempat la. Nak kata pernah sampai Abu Dhabi, memang menipu sangatlah kan. Pasport pun takde. Tapi, suatu hari nanti, akan aku kembara merantau ke negara orang sambil-sambil melihat keindahan ciptaan Ilahi yang takde kat negara kita nih. Insya Allah, one fine day.

Berbalik pada topik utama, sebenarnya aku baru je sampai maktab semalam. Kira-kira dalam pukul 3.15 pagi sampai di Kuala Lipis . Kereta api ada masalah sikit kot sebab tuh lambat sampai. Tak kisahlah, asalkan perjalanan aku selamat dengan izin Allah. Masa mula-mula naik train tuh, rasamacam sebak pulak sebab nak tinggalkan famili, Mana taknya, 9 hari juga cuti dan dalam 9 hari tulah memang melekat je dengan famili. Arghh, aku rindu saat-saat bersama mereka. Rasa macam nak ambil cuti lagi je, tapi apakan daya. Aku hanya seorang pelajar merangkap guru pelatih yang biasa-biasa aje.

Seingat akulah, jarang sangat aku share pasal keluarga dalam belog nih, jarang sangat-sangat kan. Ni tiba-tiba je datang mood nak share gambar adik beradik. Mana la tau, ada yang kenal adik-beradik aku ke kann ..haha..poyo je . 
Dah macam gambar kelas pula kan ? Adik-beradik aku ni ramai. 10 orang semuanya, 3 perempuan 7 lelaki . Sila rujuk gambar diatas dan aku ialah anak sulung. Adik aku yang kedua, Hidayah nama dia dan sekarang study kat Kolej Matrikulasi Arau, Perlis. Yang ketiga baru lepas SPM, kiranya tengah tunggu result sekarang dan dulu study kat SHAH, Pekan dan seterusnya masih bersekolah sampai yang kecik sekali tuh. See, macam mana la aku tak rindu . Kalau balik rumah, memang meriah sangat-sangat. Bila tak cukup sorang, rasa sangat macam kehilangan dan rasa sunyi sepi je. Padahal yang lain ramai lagi, tak bagi kesan pun kalau takde sorang kat rumah. Mungkin sebab aku ni anak yang sulung kot. Well, aku kan kak long,hehe.
 "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
Oh, aku rindu mereka dan aku paling rindu abah dan ummi ku. Bila dah dewasa nih, kawan yang paling setia ialah kedua ibu bapa kita kan. Bila pape berlaku, mesti nak share jugak dengan parents , especially dengan ummi. Tapi kalau kita suka kat siapa-siapa tuh memang tak berani nak cerita la. Malu kot kalau cerita bab tuh dengan parents, tak tahu kenapa.
Last but not least, sentiasa rindu dengan budak kecik nih yang gila kamera dan suka sangat ber posing. Buktinya, tengok la gambar kat atas. Balik cuti baru nih, dia eksited duk menyanyi macam-macam lagu yang dia belajar kat Tadika NurMawaddah. Comel sangat , siap dengan pelat dia lagi. Asal Insyirah nyanyi je, aku amek video buat tatapan ketika berjauhan la katakan. Kak long rindu korang semua. 
Oh, Rinduku bertamu di PASIR PUTEH !

Gambar Stadium Baru The Red Warriors <b>Di Pasir Puteh</b>,Kelantan <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 10:51 PM PDT

















Mahu tahu lebih lanjut berkenaan Stadium Baru ini Sila ke Ekspo Kelantan 2013 di Perkarangan Kompleks Media Karangkraf Shah Alam pada 15-17 Mac Jam 10 pagi hingga 10 malam.

Stadium ini masih dalam perancangan dan tiada siapa pun tahu bila ianya akan dibina. Selepas ini rakyat Kelantan mampu berbangga kerana mempunyai dua hingga tiga buah stadium di Negeri Kelantan.

Source

Belia Bangkit: Himpunan 30 Ribu Orang <b>Di Pasir Puteh</b> Khamis Ini

Posted: 30 Jan 2013 12:09 AM PST


30,000???? Di Pasir Putih??? Himpunan??? Sape pulak nak berhimpun ni??
Kira-kira 30,000 rakyat dijangka menyertai Program Himpunan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai di sini Khamis ini.

Pengerusi Pembangunan Parlimen Pasir Puteh Zawawi Othman berkata mereka terdiri daripada rakyat pelbagai peringkat termasuk guru, petani, nelayan, pekebun dan peniaga kecil.
Zawawi, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, memberitahu pemberita di sini Selasa kehadiran Muhyiddin akan memberi suntikan dalam usaha Barisan Nasional (BN) untuk merampas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau berkata ia juga memberi harapan besar untuk menawan kerusi Parlimen Pasir Puteh yang turut dimenangi Pas pada PRU Ke-12.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Cherang Rotan Tengku Hussin Tengku Abdul Rahman berharap kehadiran pemimpin nombor dua negara itu akan dapat memberi suntikan semangat kepada golongan petani yang masih hidup dalam kemiskinan.
Katanya sebilangan besar penduduk di Pasir Puteh terdiri daripada golongan petani yang sentiasa berharap mendapat pembelaan daripada sebuah kerajaan yang mampu mengubah taraf hidup mereka, setelah terbukti kerajaan Pas gagal berbuat demikian.
Muhyiddin dijadual memulakan lawatan sehari ke negeri ini dengan mengadakan perjumpaan tertutup bersama pemimpin BN Kelantan di Kota Baharu.
Beliau kemudian akan mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin masyarakat dan badan bukan kerajaan sebelum menghadiri perjumpaan khas bersama penjawat awam persekutuan dan negeri di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads