03 di pulau melaka - Google Blog Search |
- Sepagi <b>di Pulau Melaka</b> | Secebis pemikiran...
- projek <b>melaka</b> maju .....: Cadangan Projek Kereta Kabel <b>Di Pulau</b> <b>...</b>
- Video - Goyang Gerudi <b>Pulau Melaka</b>, Kelantan Boleh <b>...</b>
Sepagi <b>di Pulau Melaka</b> | Secebis pemikiran... Posted: 24 Feb 2013 10:27 PM PST |
projek <b>melaka</b> maju .....: Cadangan Projek Kereta Kabel <b>Di Pulau</b> <b>...</b> Posted: 10 Dec 2012 07:10 AM PST Gambar Contoh Kereta Kabel Di Langkawi.... MELAKA: Kereta kabel akan menjadi satu lagi tarikan baru pelancongan di negeri ini, apabila Kerajaan Melaka semalam, mengumumkan rancangannya untuk membangunkan projek berkenaan tidak lama lagi. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, cadangan projek itu secara umumnya belum selesai, tetapi membayangkan ia bakal menghubungkan kawasan muara Sungai Melaka hingga ke Pulau Melaka. Katanya, kos keseluruhan projek itu masih belum diputuskan kerajaan negeri kerana masih pada peringkat penelitian akhir, tetapi mengesahkan tender pelaksanaannya mungkin dikeluarkan pada awal tahun depan. "Kerajaan negeri mempunyai rancangan membangunkan projek kereta kabel bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka. Kos projek ini belum diputuskan, tetapi ia akan menghubungkan muara Sungai Melaka sehingga ke Pulau Melaka. "Antara laluan kereta kabel ini kelak adalah Medan Selera Newton dan pusat beli belah Mahkota Parade atau Pahlawan City. Tender bagi membangunkan projek ini dijangka dikeluarkan pada awal tahun depan," katanya selepas menerima lawatan rasmi Presiden Austria, Dr Heinz Fischer ke negeri ini semalam. Sepanjang berada kira-kira tiga jam di sini, Heinz dan isteri, Margit Fischer berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan popular di sekitar pusat bandar raya di sini. Terdahulu, rombongannya yang turut disertai lebih 50 delegasi itu termasuk Menteri Ekonomi, Keluarga dan Belia Austria, Dr Reinhold Mitterlehner tiba di sini, kira-kira jam 1.30 petang. Sepanjang berada di sini, beliau dan isteri, dijamu makan tengah hari di Hotel Equatorial, sebelum dibawa menaiki beca ke Muzium Kesultanan Melaka, Menara Taming Sari, Bangunan Stadhuys dan beberapa rumah ibadat di Jalan Harmoni. Hadir sama sepanjang lawatan itu ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman; Menteri Kerja Raya selaku menteri pengiring, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. Mohd Ali berkata, beliau ada berbincang dengan Presiden Austria berhubung rancangan Kerajaan Melaka untuk membangunkan projek kereta kabel itu dan dimaklumkan, negara berkenaan mengeluarkan gondola terbaik di dunia. "Kita berharap negara berkenaan akan membantu Melaka memajukan projek ini kerana sebelum ini, kita sudah menggunakan teknologi Switzerland untuk membangunkan Menara Taming Sari, manakala teknologi China untuk monorel," katanya. Mengulas lawatan rombongan dari Austria itu, Mohd Ali melahirkan rasa gembira dan berharap dapat menjalin hubungan lebih baik dengan kerajaan negara Eropah itu pada masa depan melalui pelbagai bidang sesuai seperti teknologi komunikasi dan maklumat serta bioteknologi. Sumber Dari Berita Harian |
Video - Goyang Gerudi <b>Pulau Melaka</b>, Kelantan Boleh <b>...</b> Posted: 27 Feb 2013 01:16 AM PST Dari catatan lalu - Keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi di Kelantan begitu membimbangkan, dimana adegan-adegan ranjang secara terbuka bebas di lakukan, hal itu diantaranya berlaku di beberapa buah deretan kedai makan disebelah jambatan Pulau Melaka yang terletak kurang 1 kilometer dari rumah Mentei Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut salah seorang peniaga kedai terbabit yang sempat ditanya tentang darimana datangnya remaja-remaja itu, peniaga berkenaan merenung panjang kearah kami sebelum menjawab "Ado belako dik, ado student, ado hok tidok student, mace-mace". Dari pengamatan kami kepada respon pemilik kedai makan itu, kami mendapati ia juga kurang senang dengan aksi-aksi ranjang yang dilakukan oleh remaja-remaja berkenaan, namun apakan dayanya, cuma mencari rezeki disebuah bumi yang agak terhad punca rezekinya. Kami tidak menyalahkan pemilik kedai makan tersebut, kami faham akan situasi sebenar yang dihadapi oleh mereka, diatas tanggungjawab sosial kami menyeru kepada pihak berkuasa supaya memantau kawasan ini dimana keberlakuannya bakal mengundang bala dari Allah SWT disamping mencemarkan bumi yang dijulang dibawah kepimpinan Ularmak. Keadaan ini difahamkan berlaku setiap malam bermula seawal jam 11 malam dengan pasangan dan kumpulan yang silih berganti, ketika tinjauan kami secara tidak sengaja yaitu sehingga jam 2.30 pagi, berahi masih rancak memberahikan, malah sewaktu kami ingin meninggalkan tempat itu, terdapat dua kumpulan remaja bercampur lelaki perempuan sekitar 8 orang yang baru sampai untuk melabuhkan tirai malamnya disitu sekaligus turut memberatkan langkah kaki kami meninggalkan suasana yang pasti menyedapkan pandangan setiap mata yang bernafsu. Anda Mampu Mengubahnya. 'Amal Makruf Nahi Mungkar' |
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan