03 di rantau panjang - Google Blog Search |
Jalan Haji Musran, <b>Rantau Panjang</b>, Klang - DDeana Freelancer Posted: 04 Mar 2013 07:34 PM PST ----------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kali ini saya hendak bercerita tentang majlis yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu di Jalan Haji Musran, Rantau Panjang, Klang. Majlis sememangnya meriah kerana semua yang ada pada hari tersebut gemar ber-karaoke. Oleh itu, majlis sememangnya diserikan dengan sesi jamming karaoke sejak awal pagi lagi dengan pelbagai gelagat dan lagu. Tetamu pula sudah mula memenuhi ruangan majlis sekitar jam 11 pagi dan saya terus mempersilakan tetamu menjamu selera dengan pelbagai hidangan iaitu:
Mempelai tiba sekitar jam 12:50 tengah hari dengan diiringi oleh Kumpulan Kompang Wetan dari Jalan Haji Musran, di bawah pimpinan Encik Din. Mempelai kemudiannya disandingkan seketika sebelum pintu masuk halaman rumah. Ketika itu, mempelai telah diraikan dengan persembahan silat oleh Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Malaysia. Selesai sahaja persembahan silat, mempelai diarak masuk menuju ke singgahsana pelamin yang mana terletak di bahagian dalam rumah. Mempelai disandingkan seketika dan majlis selepas itu diteruskan dengan upacara menepung tawar yang mana telah dimulakan oleh keluarga sebelah mempelai lelaki yang terdiri daripada: Ibu dan bapa saudara
Upacara menepung tawar diteruskan dengan menjemput keluarga sebelah mempelai wanita pula yang mana terdiri daripada: Kekanda
Selesai sahaja upacara menepung tawar, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab dan disusuli pula upacara memotong kek setelah mempelai menukar persalinannya. Selepas itu, sesi jamming karaoke suka-suka diteruskan dan cubaan saya mendapatkan mempelai gagal sebenarnya. Mempelai lelaki cuba mengelak manakala mempelai wanita pula sememangnya menolak untuk tampil walau seketika di bahagian saya dan rakan setugas. Ketika majlis sudah hampir ke penghujung, mempelai lelaki pada asalnya tampil untuk memberikan sedikit ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah bergotong-royong. Namun begitu, kesempatan tersebut telah saya gunakan sebaiknya dengan mendera mempelai untuk menyampaikan sebuah lagu. Permintaan saya tidak dihampakan dan akhirnya mempelai menghiburkan tetamu dengan sebuah lagu duet meskipun majlis sudah semakin hampir ke penghujung. Walau apa pun, terima kasih untuk semua dan seronoklah kerana mempelai sporting untuk didera! :) Sekian dan wassallam~ |
You are subscribed to email updates from di rantau panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan