Jumaat, 22 Mac 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


.: Hindarkan Kejadian Ini Terus Berlaku <b>di Kelantan</b>

Posted: 28 Feb 2013 03:28 AM PST

 TENGUK & PERHATI                                                                                                                                          
Mendukacitakan, itu yang dapat dilafazkan apabila terpandang papan iklan atau bilboard ini! Gambar Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh di papan iklan pendidikan gergasi bersama pedana menteri ini disembur cap hijau. Yang disembur hanya wajah Fatmi, sebaliknya gambar Najib tidak diusik.

Apakah maksud semburan dengan cat warna hijau itu mahu agar Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menyertai PAS?

Papan iklan ini di pasang di dalam kawasan sekolah Padang Garong berdekat lampu isyarat jalan Padang Garong - Hospital Kota Bharu Kelantan. Dukacita saya katakan kenapa kejadian vandalisme sebegini berlaku juga di negeri Kelantan sebuah negeri yang dianggap sebagai universiti politik dan matang politik.

Kalau kejadian seperti ini, (di mana banyak papan iklan atau gambar pemimpin Pakatan Rakyat di simbah cat, dikoyak atau dibakar di luar Kelantan) ianya biasa saja. Orang luar Kelantan terutamanya di negeri-negeri kawasan kubu UBN masih belum bertamadun dan dapat menerima kemunculan iklan atau poster pembangkang yang semakin rancak akhir-akhir ini. Mereka menjadi senak perut melihat banner atau iklan gergasi parti Pakatan Rakyat yang mereka merasakan tidak berhak dipacak di negeri-negeri menjadi kubu Umno.

Tidak diketahui siapa yang menyimbah cat hijau ke atas wajah Fatmi itu dan apakah ianya dari vandalisme PAS atau budak-budak nakal dan gatal tangan? Atau pun boleh jadi juga ia dilakukan sendiri oleh budak-badak Umno sendiri sebagai reverse psikologi untuk memburuk-burukkan PAS. Dalam politik boleh terjadi apa saja.

Biasanya dalam melakukan kerja-kerja jahat dan tidak bertamadun ini Umno suka menggunakan cat berwarna merah saja. Semasa bas gelajah merdeka milik PKR ke Kelantan tidak lama dulu, bas itu yang diparking di lapangan letak kereta di hadapan istana Balai Besar disimbah cat merah dan cermin hadapannya dilontar benda keras dan berkecai.

Begitu juga dengan nasib yang menimpa kenderaan presiden "R" ia juga disimbah dengan cat berwarna merah. Jadi apabila cat hijau digunakan untuk menutup wajah Fatmi ia menjadi tanda tanya. Persoalan lain juga timbul kenapa hanya papan iklan di situ saja yang menjadi mangsa, manakala papan iklan di tempat lain yang di pasang di serata Bandaraya Kota Bharu Bandaraya Islam tidak dii usik.

Apapun semua pihak harus prihatin dan mengambil berat agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Hormatilah tatasusila politik Kelantan. Berpolitiklah secara tertib dan tunjuklan sifat dan perangai politik matang dan cerdik.

Dalam pada itu pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MKPKB-BI) hendaklah bertindak tegas terhadap pemasangan iklan dan banner politik di dalam permis mereka. Sesetengah pemasangan banner dan iklan dilakukan secara sambrono menyebabkan ia mencacatkan bandaraya berkenaan.

Saking banyaknya pelbagai banner dan papan iklan menjadikan Kota Bharu sebagai wilayah publisiti terbesar di negara ini. Walaupun MPKB-BRI menjana keuntungan di sebalik pemasangan iklan itu, namun soal keselesaan, kebersihan dan kecantikan majlis perbandaran itu hendaklah dijaga dan dikawal. [wm.kl.7:27 pm 28/02/13]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads