03 di gua musang - Google Blog Search |
- Penyokong PAS Bunuh Jurukamera Sambilan RTM <b>di Gua Musang</b> <b>...</b>
- Jurukamera RTM Muhammas Yaakob Mati Dipukul <b>Di Gua Musang</b> <b>...</b>
- #PRU13 : Jurukamera RTM Mati D Pukul Penyokong Pas <b>Di Gua</b> <b>...</b>
Penyokong PAS Bunuh Jurukamera Sambilan RTM <b>di Gua Musang</b> <b>...</b> Posted: 22 Apr 2013 09:55 PM PDT Seorang jurukamera sambilan RTM yang berusia 61 tahun telah dibunuh oleh seorang penyokong PAS di Bandar Lama Gua Musang malam tadi di hadapan rumahnya. Insiden berpunca apabila mangsa, Mohamed Yaacob membunyikan hon keretanya kerana tidak berpuas hati setelah laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh sebuah kereta milik penyokong PAS. Tindakan Mohamed Yaacob membunyikan hon keretanya, membuatkan pemilik kenderaan tersebut yang berada dalam pejabat parti, meluru keluar. Tercetus pertengkaran dan lelaki berkenaan kemudiannya menumbuk muka Mohamed Yaacob. Isteri mangsa yang berada dalam rumah, melihat kejadian tersebut dan menjerit meminta pertolongan. Tiga orang lelaki, rakan suspek, keluar dari pejabat parti dan menyuraikan keadaan. Tumbukan di mukanya telah menyebabkan lebam besar. Mangsa kemudiannya dipapah masuk ke dalam rumah. Mangsa mengadu sakit dada dan meminta ubat daripada isterinya. Bagaimanapun, sakit dadanya tidak berkurangan dan dia digegaskan ke Hospital Gua Musang. Pun begitu, ketika dalam perjalanan ke hospital, mangsa menghembuskan nafas terakhir dan telah disahkan meninggal dunia. Allahyarham merupakan penghidap sakit jantung dan darah tinggi. Sebelum kejadian, dia telah membuat liputan program calon Barisan Nasional DUN Galas, Abdul Aziz Yusoff. Ini merupakan kematian pertama dalam PRU13. Sebelum ini, banyak andaian telah dibuat bahawa PRU13 akan dicemari dengan pertumpahan darah ekoran hasutan yang seringkali dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat telah menerapkan bahawa kemenangan berada di pihak mereka. Barisan Nasional hanya akan menang menerusi cara tipu termasuklah menggunakan pengundi hantu. Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sudah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa seandainya PRU dijalankan secara adil, telus dan jujur, Barisan Nasional hanya mampu memperolehi satu kerusi Parlimen sahaja. Manakala Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR pula sudah acapkali menyeru agar para penyokong Pakatan Rakyat bersiap sedia menghadapi pertumpahan darah dan revolusi seandainya Pakatan Rakyat gagal menguasai Putrajaya. Untuk memudahkan cara, para pemimpin dan pecacai Pakatan Rakyat seringkali memberikan gambaran bahawa para penyokong UMNO dan Barisan Nasional terdiri daripada samseng-samseng yang amat ganas. Tentangan yang diberikan terhadap rombongan kempen Anwar Ibrahim seringkali digambarkan sebagai kumpulan pengganas yang mengancam keselamatan Anwar Ibrahim. Keganasan dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Bagaimanapun, kebijaksanaan para pemimpinnya memutarbelit fakta, akhirnya memperlihatkan seolah-olah mereka adalah golongan yang teraniaya dan dizalimi! |
Jurukamera RTM Muhammas Yaakob Mati Dipukul <b>Di Gua Musang</b> <b>...</b> Posted: 22 Apr 2013 10:16 PM PDT Jurukamera RTM Muhammas Yaakob mati dipukul di Gua Musang malam tadi oleh penyokong parti politik. Berdasarkan maklumat yang terkini, kejadian berlaku akibat dipukul beberapa penyokong PAS di hadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan. Petikan Dari Kematian Jurukamera RTM Insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya. Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu. "Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya. Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut hari ini. |
#PRU13 : Jurukamera RTM Mati D Pukul Penyokong Pas <b>Di Gua</b> <b>...</b> Posted: 22 Apr 2013 07:26 PM PDT Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah ! Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan. Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya. Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu. "Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya. Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini. |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan