Khamis, 18 April 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Lagi Berita: Zaid mahu tanding <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 15 Apr 2013 06:24 AM PDT

KOTA BARU - Bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi tersebut atas tiket Pas sekiranya ditawarkan oleh pimpinan parti tersebut.

Ini ekoran nama beliau turut disebut-sebut dalam pimpinan Pas sebagai calon yang bakal bertanding menentang calon Umno, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

"Saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya orang Kota Bharu, dan kalau diberi peluang untuk bertanding, saya akan memilih untuk berada di tempat kelahiran saya," kata Zaid.

Sebelum ini kerusi kawasan itu dipegang oleh veteran Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengumumkan tidak bertanding.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga bekas pemimpin PKR ini berkata, memang ada perbincangan dilakukan namun ia tidak secara bertulis dan dalam keadaan tidak formal.

"Walaupun sebelum ini saya pernah menyatakan untuk bersara dalam politik, namun sekiranya bertanding menentang Fatmi, saya sanggup menerima cabaran itu," kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agong Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan itu memandangkan segala senarai nama-nama calon sudah muktamad dan bakal diumumkan menjelang tarikh penamaan calon 20 Mei ini. - SH

Kah..Kah..Kah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads