Ahad, 28 April 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


:::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::: Zaid Bakal Bertanding <b>di Kota Bharu</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 12:00 AM PDT


KOTA BARU: Ahli politik veteran Datuk Zaid Ibrahim mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru jika PAS memberikannya peluang.

Difahamkan nama Zaid dibangkitkan kerana beliau amat disenangi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kerusi tersebut sebelum ini dipegang oleh veteran PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang terlebih dahulu mengumumkan persaraannya.

Namun, Wan Abdul Rahim menarik balik keputusannya untuk bersara selepas dipujuk kepimpinan PAS negeri untuk mempertimbangkan cadangan bertanding di Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah.

Zaid, 62, adalah bekas menteri kabinet dan pernah memegang jawatan utama dalam Parti Keadilan Rakyat dan Parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) di mana beliau adalah Presiden parti itu.

Beliau berkata sanggup berdepan Datuk Mohd Fatmi Che Salleh yang disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Zaid mengesahkan berlaku mesyuarat secara tidak formal mengenai kemungkinan beliau akan bertanding di kerusi tersebut atas tiket PAS. -mStar

P/s: Khabar mengatakan bahawa PAS bersetuju meletakkan Zaid bertanding di Kota Bharu...Apa-apa pun kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya...

Zaid Sedia Bertanding <b>Di Kota Bharu</b> Guna Tiket PAS

Posted: 15 Apr 2013 05:00 AM PDT

[Bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi tersebut atas tiket Pas sekiranya ditawarkan oleh pimpinan parti tersebut. Ini ekoran nama beliau turut disebut-sebut dalam pimpinan Pas sebagai calon yang bakal bertanding menentang calon Umno, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh. "Saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13. "Saya orang Kota Bharu, dan kalau diberi peluang untuk bertanding, saya akan memilih untuk berada di tempat kelahiran saya," kata Zaid. Sebelum ini kerusi kawasan itu dipegang oleh veteran Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengumumkan tidak bertanding. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga bekas pemimpin PKR ini berkata, memang ada perbincangan dilakukan namun ia tidak secara bertulis dan dalam keadaan tidak formal. "Walaupun sebelum ini saya pernah menyatakan untuk bersara dalam politik, namun sekiranya bertanding menentang Fatmi, saya sanggup menerima cabaran itu," kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita). Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agong Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan itu memandangkan segala senarai nama-nama calon sudah muktamad dan bakal diumumkan menjelang tarikh hari penamaan calon]. sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads