03 di machang - Google Blog Search |
.: Dr Wan Zawawi Tidak Asing <b>di Machang</b> - MSO Posted: 24 Apr 2013 10:37 PM PDT BERITA CALON Calon-calon pilihan raya dari semua pihak semakin aktif menjalankan kegiatan menemui pengundi. Mereka akan berusaha menemui seberapa banyak pengundi dalam tempoh seminggu ini bagi memastikan kemenangan. Apa lagi bagi calon baru pertama kali bertanding mereka harus lebih rajin 'meligam' ke seluruh kawasan pilihan raya kerana ramai yang belum mengenali mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak cukup tangan untuk berbuat demikian. Pun begitu bagi memastikan semua rakyat didekati dan mereka bersalam dengan seberapa banyak pengundi soal letih, masa dan tenaga tidak dipedulikan. Sesetengahnya sudah pasti merasakan masa berjalan begitu pantas sekali hampir tidak terkejar.Kalau sebelum ini mereka dapat bersenang dan tidur sebelum jam 12:00 tengah malam tetapi sejak menajdi calon, jam 3:00 pagi pun belum pasti tidur manakala bangun pula tidak boleh lewat. Semestinya Subuh harus dikongsi dengan pengundi. Zawawi sudah bergerak menemui orang ramai sejak sebelum penamaan calon lagi. Bahkan sebelum namanya diumumkan secara rasmi dia sudah menghadiri majlis-majlis bersama orang ramai anjuran PAS dan PKR. Bukan apa untuk memastikan dia sempat jelajah ke seluruh kawasan Machang dan mengenali pengundi sebanyak mungkin. Tujuan itu juga bagi memsebatikan beliau degan dunia politik real kerana sebelum ini beliau bergelombang dengan dunia kependidikan sebagai pensyarah kanan di Institiut Ainuddin Baki. Setidak-tidaknya sehingga ke hari mengundi beliau perlu menyinggah semua tempat atau kawasan sebanyak dua kali atau lebih. Ini tidak menjadi masalah kerana Zawawi mempunyai keluarga besar dan ramai kawan di Machang yang akan menjadi pemandu dan pengiringnya. Rasanya warga akademi di Machang sudah mengenali beliau dan hati budinya. Beliau seorang yang lemah lembut dan berperwatakan pendidik. Dalam pilihan raya ini Wan Zawawi akan berdepan dengan Jazlan Mohamad dari BN. Mungkin dari segi akademik dan latar belakang pendidikan Dr Wan Zawawi jauh lebih baik dari Jazlan seorang bisnesman, tetapi itu tidak boleh diambil mudah. Di dalam politik kekayaan, pendidikan atau pun darjat seseorang tidak menjadi kemenangan. Dalam politik latar belakang pendidikan, tahap profesional seseorang bukan menjadi ukuran mutlak. Ada kalanya mereka yang tidak berpendidikan dan lulus setakat SPM pun akan dipandang orang sekiranya pandai mengambil hati pengundi dan mempunyai saksiah yang elok. Yang penting pendekatan, hati budi serta tahu menjaga adat-adat hidup dan beragama akan menjadi modal utama. Kawasan parlimen Machang mempunyai 59,292. Dalam pilihan raya lalu ia dimenangi oleh Saifuddin Nasution Ismail dari PJKR dengan majoriti 1,820 yang berdepan dengan Sazmi Miah bekas penyandang kerusi berkenaan. Bagi DUN Kemungkin rakan Zawawi ialah calon PAS, Mohd Rosli Ismail, manakala di Pulai Chondong Zulkefli Mamat dan di Temangan Dr Mohd Fadzli Hassan. Kali ini rakyat Machang dihidangkan dengan dua orang akademis yang berkelulusan Phd, dan seorang Master di mana ini merupakan satu peluang terbaik belum pernah berlaku. Eloklah kalau rakyat Machang tidak melepas peluang untuk memiliki mereka disamping calon-calon lain dari PAS Rosli dan Zulkefli Mamat. [wm.kl.1:34 pm 25/04/13] |
You are subscribed to email updates from di machang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan