Selasa, 2 April 2013

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


headbomb: ceramah mat sabu <b>di pasir mas</b> membuktikan pas <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 03:54 PM PST

erk, gambar ini yang mungkin akan disiarkan dimuka hadapan harakah.. tahniahlah ye.. dikatakan ceramah tersebut mengembirakan ramai pekakas dap yang betul-betul gembira yang amat sangat... biar gambar berbicara..sebab itulah aku rasa pekakas dap wajib bergembira... tahniah.. sebar-sebarkan ye.. yahoooo....

Ceramah Perdana "Kebangkitan Rakyat"
Penceramah Undangan Khas: Tamrin Ghafar dan Mohd Sabu 121.
Tarikh: 28/02/2013
Masa: 9 Malam
Tempat: Padang Mini Stadium, Pasir Mas.
Target Kehadiran: 10,000 orang

YES, YES, YES....

ai tak faham-faham lagi, ini adalah gambar hiasan.. hehehe
kadang-kadang biarlah gambar berbicara, apa betul pas masih releven di kelantan? apa benar pas semakin kuat, apa betul pas semakin disukai ramai.. apa betul pas akan mengantikan umno.. korang sendiri ada jawapan.. lihat gambar dibawah!!!
????????????????????????????????????????????????????????????????????????????biar betul.. apa aku bermimpi ke apa ni.. hahahhahahahaha... cakap kemain eksyen, kata pas lebih baik dari umno tapi biarlah gambar berbicara... hehehe... 
PESAN UNTUK SEMUA, KITA JANGAN GENTAR MENGKRITIK MEREKA, JANGAN GENTAR, PEJUANG KEBENARAN MEMANG BANYAK DUGAAN DAN HALANGAN... 
ps: makin hari makin banyak bukti yang ditunjukkan yang pas, dap dan pkr tengah goyang sebenarnya... dan hal ini mengusarkan mereka, cuma mereka terpaksa cover dengan mengarah pekakas mereka dalam alam cyber ini menjalankan kerja mereka untuk spin apa yang patut, gaji 3k beb!! tu yang bersungguh-sungguh tu geng-geng cybertrooper diaorang buat kerja.. hehehe..

.: Apakah Staretgi PAS <b>di Pasir Mas</b>?

Posted: 03 Jan 2013 04:50 AM PST

PANDANGAN                                                                                           

Salah satu kawasan atau kerusi yang akan menjadi perhatian dalam pilihan raya akan datang ialah kerusi Parlimen P 22 Pasir Mas. Bukan saja orang Kelantan tetapi orang luar hatta rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga sedang memberi perhatian kepada perkembangan politik di Pasir Mas. Kenapa?

Faktor utama,  kerana kerusi itu yang kini disandang oleh Inchek Ibrahim bin Ali yang dikatakan akan terus mempertahankan kerusi berkenaan. Kepastian itu sudah pasti kerana sebagai ahli politik dia akan pertahankan kerusi itu walaupun apa keadaan sekali pun.

Kalau orang yang sakit dan sudah berdekad menjadi wakil rakyat masih ingin pertahankan kerusi dengan alasan-alasan tersendiri, maka tidak salah baginya juga berbuat hal yang sama. Lagi pun Ibrahim tidak ada kompilasi kesihatan untuk dijadikan alasan.

Kalau orang lain menjadikan sokongan akar umbi dan parti untuk terus bertanding, Ibrahim juga boleh menggunakan alasan sama. Rakyat di Pasir Mas masih memerlukan khidmatnya. Apa lagi perjuangan Ibrahim dalam soal Melayu konsisten walaupun ia bersikap radikal dan ultra.

Untuk memenuhi keperluan itu dia tidak payah sampai 10,000 orang mengangkat sepanduk melaungkan sokongan buatnya, tetapi cukup hanya dua orang saja. Seorang pencadang dan seorang penyokong. Itu sudah cukup syarat untuk dia mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Tetapi yang menjadi masalah dan sedang dinanti-nantikan, atas tikit apakah dia akan bertanding kali ini. Sehingga kini dia tidak menyertai mana-mana parti. Dalam satu laporan menyebut Ibrahim tidak akan memohon menyertai Umno, alasannya kerana dipecat, tetapi dia sedang pertimbangkan kalau ditawar.

Seperti Ibrahim ada prinsip di dalam hal ini? Tetapi sebagai orang mengenalinya dari dekat, saya yakin dia sudah membuat sesuatu untuk bersama Umno. Kalau Najib Razak atau Muhyiddin Yassin mengenakan syarat meminta dia terjun dari atas pokok kelapa setinggi 60 meter dengan menjunam kepala ke bawah pun bagi mendapat laluan dia akan lakukan. Siapa tidak kenal dengan Inchek Ibrahim; ahli politik yang ganjil dan realistik.

Saya tidak mahu banyak membicarakan mengenai ahli politik colour full itu di sini dan mempersoalkan apakah dia akan bertanding atas tikit apa. Itu adalah urusan dia. Tetapi apa yang ingin dibahaskan apakah strategi PAS Kelantan untuk merampas kerusi berkenaan? Siapakah orang yang akan dihantar oleh PAS untuk berdepan dengan antoganis politik itu?

Jangan anggap mudah di Pasir Mas.

PAS tidak boleh menganggap mudah untuk mendapat balik kerusi berkenaan. PAS tidak boleh menghitung Ibrahim akan kalah apabila dia tidak bertanding atas PAS. Sebelum dia diberi pinjam simbol PAS dia telah menang dua kali di Pasir Mas. Jadi orang PAS tidak boleh membuat sifir mudah kononnya semua orang termasuk Umno membenci Inchek Ibrahim. Jangan.

PAS kena mengambil kira kemungkinan-kemungkinan diluar jangka. Pendapat dalaman Umno Pasir Mas akan menolak dan menumbangkan Ibrahim Ali bukan merupakan satu resolusi yang tepat. Politik seperti layar kapal yang boleh berubah mengikut keadaan tiupan angin.

Jadi kalau ada orang Umno Pasir Mas hatta pimpinan peringkat bahagian sendiri bercerita Umno akan pulau dan ajar Ibrahim, jangan mudah percaya dan termakan dengan kata-kata itu. Cerita itu bukan 'busyro' buat PAS. Orang PAS tidak boleh merasa terhibur dengan berita itu.

Yang perlu diingat dan sedari Ibrahim seorang pemain politik yang licik dan sanggup membuang moral. Dalam tubuh Ibrahim ada seribu sifat dan fiil yang kadang-kadang tidak terfikir oleh para makrifah politik sekali pun. Di dalam tubuhnya ada baik dan ada jahat. Dia adalah badut emas dalam politik yang boleh menjadikan orang ketawa, histeria dan kesedihan.

Dari maklumat bawahan dalam Umno Pasir Mas semacam sudah pasti Inchek Ibrahim tidak akan diberikan laluan oleh UBN di Pasir Mas. Umno bahagian Pasir Mas sudah konsensus mereka akan menolak apa-apa cadangan untuk memberi laluan kepada Ibrahim. Bagi sesetengah pemimpin Umno Pasir Mas, inilah kali yang kesekian kalinya untuk mereka 'melianglahadkan' politik Ibrahim.

Bagi saya tidak mudah untuk menerima tanggapan dan spekulasi itu. Teori mudah macam mana Ibrahim boleh menyusup masuk ke dalam Umno. Sebagai seorang pengamal politik kebendaan dan oportunis Ibrahim akan membayar sesiapa saja untuk mendapat tempat. Dia sanggup memberi berapa banyak yang diminta asalkan dia puas. Ibrahim bukan seorang yang suka menyimpan duit, tetapi dia dermawan asalkan dia dipuja dan semua kehendaknya tercapai.

Pun demikian PAS kena ingat Ibrahim bukan sembarangan orang. Dia berfikir apa yang orang tidak fikir dan dia sanggup melakukan apa yang orang tidak fikir melakukannya. Politiknya senantiasa hidup dan dia sendiri bersifat tidak malu muka di mana dengan sikap itu dia boleh melakukan apa saja. Ibrahim persis gamat yang kalau dipotong 14 pun dia boleh hidup asalkan ada air. Begitu bagi Ibrahim asalkan ada pilihan raya dia boleh survive. 

Berdasar hakikat itu PAS Kelantan amnya dan PAS Pasir Mas kena berbuat sesuatu yang setanding dengan cara Ibrahim berpolitik? PAS tidak boleh menggunakan satu plan dan satu tektik saja, tetapi PAS kena guna tiga plan dan tiga tektik.

Khabarnya PAS hendak meletakkan seorang tokoh dari kalangan pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat. Apakah orang ini sudah dihitung depan dan belakang cukup kuat dan berdaya melawan Ibrahim Ali. Apakah orang ini ada kekuatan, sokongan di Pasir Mas. Apakah orang ini cukup kredibiliti dan kewangan banyak untuk berhadapan dengan Ibrahim?

Kerana untuk berdepan dengan Ibrahim bukan saja setakat berkeperibadian baik, pandai membaca sepatah dua ayat Quran dan Hadith berperwatakan istiqamah dan ulama, tetapi tahu bersalaman dengan penduduk dan mesti mempunyai sumber kewangan kukuh. Perlu diingat Ibrahim bergelumbang di Pasir Mas bukan setahun dua tetapi sejak dari beliau belum berkhatan lagi.

Mungkin orang bertanya untuk apa wang sebab PAS bukan pengamal politik wang, tetapi dalam pilihan raya peranan wang cukup penting kalaupun untuk tidak dibelajakan tetapi cukup sekadar bagi letak dipoket sebagai penghias dan untuk memberi semangat kepada para penyokong dan jentera parti. Mungkin masalah kewangan tidak timbul di zaman ini...

Sepatutnya orang yang hendak menentang Ibrahim seharusnya sudah bermukim di situ. Sudah tahu segenap sudut dan penjuru kampung, mukim di Pasir Mas. Ia tidak boleh berharap kepada pengaruh dan kekuatan Adun-Adun saja kerana suasana undi Parlimen dengan state walaupun biasanya sama tetapi tidak mustahil ia boleh berbeza. Kalau tidak kena calon, istilah 'kangkang' mungkin berlaku di Pasir Mas, di mana state diberikan kepada PAS manakala parlimen kepada UBN atau Ibrahim Ali. Sebelum ini juga ada kedengaran yang ada suara di Pasir Mas yang tidak hinginkan calon dari luar. Suara kecil dan sumbang begini merbahaya.

Lainlah kalau berlaku pertandingan tiga penjuru, Inchek Ibrahim satu pihak, UBN satu pihak dan PAS satu pihak. Kalau ini berlaku PAS boleh letak sesiapa saja, parti itu hampir pasti menang. Saya jamin kalau letak bekas penyelia Dun Tendong yang dinafikan hak, Abdul Hamid Aziz pun akan menang. Begitu juga kalau berlaku pertandingan tiga penjuru kalau PAS letak semula bekas MP Pasir Mas, Ismail Nuh yang kini uzur juga boleh menang. Kalau letak Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas, Hanifa Ahmad pun boleh menang.

Soalnya apakah akan terjadi demikian?

Kalau menurut firasat politik saya yang dangkal, saya merasakan Ibrahim akan mendapat laluan dari Umno di Pasir Mas. Ibrahim akan meminta bantuan Mahathir Mohamad sebagai tali hayat akhirnya. Ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat selaku ketua Umno Pasir Mas tidak merasai apa-apa kerugian kalau ia memberi laluan kepada Ibrahim. Tindakan itu menguntungkannya. Dalam politik apa yang perlu difikir ialah nasib diri sendiri dulu. Jika Hanafi merasakan dia lebih mudah berbuat begitu dia akan beri laluan, korbankan kerusi Pasir Mas untuk Ibrahim dengan syarat beliau dijamin menang di mana-mana kerusi state.

Sebaliknya kalau berlaku pertandingan secara gentleman di antara PAS dengan UBN, elok rasanya PAS memikir dan mencari seorang calon yang sepadan untuk bertempur dengan Ibrahim. Apa yang PAS kena pastikan Ibrahim perlu dikalah. Sekiranya keadaan parlimen berstatus quo seperti hari ini kehadiran Ibrahim sangat tidak diperlukan kerana ia boleh menganggu keadaan. Hari ini  sikap dan perangai Inchek Ibrahim di parlimen tidak ubah seperti dubuk yang sering menganggu dan menyerang orang lain untuk mengisi tembolok labuhnya.

Tengoklah kehebatan dubuk bangkai di mulut singa, harimau atau cheetah pun berjaya direbutnya. Dia berjaya membuat bising sehinggakan orang hilang tumpuan lantas meninggalkan bangkai untuk diratah olehnya.

Kesimpulannya PAS jangan pandangn remeh kepada Ibrahim. Jangan underate Ibrahim. Ibrahim kini sedang berusaha untuk mencatat sejarah sebagai ahli politik menang di atas semua simbol politik di negara ini. Mungkin Ibrahim tidak ada harapan untuk menjadi PM, tetapi dia setidak-tidaknya turut ada dalam buku Guinness book of records di Malaysia sebagai ahli politik yang boleh menang dalam keadaan 'perang' sekali pun.

Sekiranya PAS tetap juga mahu meletakkan calon muda yang belum ada pengalaman dan tidak pernah 'bertembur' dalam perang politik, PAS hendaknya mengisikan dua borang untuk calon berkenaan, satu untuk parlimen Pasir Mas dan satu lagi untuk kerusi mana-mana state. Sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru, PAS hendaklah membawa calon muda itu ke kerusi lain. Kerusi Pasir Mas boleh diserahkan kepada tokoh yang sudah masak dengan politik Pasir Mas dan ada pengaruh. Dalam hal ini Hanifa adalah relevan untuk difikirkan diletak bertarung dengn Ibrahim.

Sekiranya Hanifa merasa dia tidak berupaya dan bercadang untuk berundur, maka elok calon lain turut dikenal pasti awal-awal lagi. Jangan tunggu disaat akhir. Mungkin tidak salah kalau kerusi parlimen Pasir Mas diserahkan kepada PKR sebagai pertukaran dengan mana-mana kerusi atas dasar persefahaman untuk memastikan kerusi parlimen Pasir Mas dimenangi Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini saya nampak ketua cabang PKR Pasir Mas Dr Wan Suhaimi Wan Daud boleh disenaraikan untuk dinilai bagi disandarkan harapan untuk mencabar Ibrahim Ali. Walaupun kedudukan Suhaimi dengan Ibrahim seperti anak dengan bapak namun dari sudut dan sisi lain (syaksiah) Suhami ternyata lebih boleh dipercayai berbanding dengan Ibrahim begitu juga latar belakang pendidikan dan kelulusan Suhaimi lebih tinggi.

Ataupun kalau PAS merasakan Suhaimi juga tidak berkemampuan kerana beliau masih muda, kurang pengalaman dan PKR enggan membuat pertukaran kerana konsesus mengekalkan kerusi-kerusi yang sedia ada (status quo), mungkin tokoh PAS seperti Muhammad Sabu boleh difikirkan untuk diletak berdepan dengan Ibrahim Ali. Rasanya untuk mendapat sesuatu natijah yang baik PAS Kelantan tidak perlu meneruskan ketetapan tidak rasmi, 'orang luar tidak lagi diperlukan di Kelantan' dirombak semula. Ketetapan yang diambil itu bukan maju ke depan tetapi bagi saya suruh ke belakang. Lagi pun Mat Sabu tidak asing di Kelantan kerana pernah bertanding di Kelantan.

Begitu juga dengan ahli Parlimen Kota Bharu seorang tokoh yang berpengalaman dan versatile Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang khabarnya sudah disingkirkan di Kota Bharu boleh dibawa ke Pasir Mas bagi berhadapan satu sama satu dengan Ibrahim Ali. Bagi saya Wan Abdul Rahim masih relevan sekiranya PAS benar-benar mahu mengunci pintu parlimen untuk Inchek Ibrahim Ali. Dari pengamatan saya kelebihan dan keistimewaan yang ada kepada Wan Rahim jarang kedapatan kepada tokoh-tokoh terkini PAS. Untuk agenda ini Wan Rahim juga boleh batalkan hasratnya untuk berundur seperti disebut alasan sudah veteran.

Apapun saya tegaskan tidak ada ertinya kalau PAS menang di Kelantan tiba-tiba PAS kalah di kerusi Parlimen Pasir Mas. Hitunglah dengan baik, putuslah dengan maufakat keputusan biarlah bijak. [wm.kl.6:24 pm 03/01/13]

.: Umno Ambillah Ibrahim Tanding <b>Di Pasir Mas</b>

Posted: 10 Dec 2012 01:57 AM PST

ANALISA SENJA                                                                                                                               

Pernyerahan borang permohonan oleh bekas ahli Parlimen PKR, Zahrain Hashim untuk menyertai semula Umno kepada Ha Najib Razak semalam memecah liur beberapa orang lain yang ingin juga berbuat demikian. Salah seorang yang saya yakin sedang mengira-ngira untuk berbuat perkara sama ialah ahli Parlimen Pasir Mas, Inchek Ibrahim Ali.

Semasa melihat Zahrian menyerah borangnya, (Ralat: Bukan borang surat hasrat) saya terfikir apakah bersama lebih 300 borang lain yang didakwa ikut sertai Umno itu, juga terselit borang Ibrahim Ali? Kenapa saya mengatakan demikian kerana Ibrahim kini dalam keadaan terdesak untuk bertanding semula di kerusi Pasir Mas. Pas tidak akan melakukan kesilapan dua kali untuk memberi laluan sekali lagi kepadanya, cukuplah sekali sebagai pengajaran dan juga teladan. Pas kini sudah mengenali siapa dia Ibrahim Ali. Kenal bukan setakat wajah tetapi perut pedalnya sekali. Jika Ibrahim dicicang 78, mayatnya berkecai, namun bau hamis pedalnya Pas kenal. Kiamat dunia pun Pas tidak akan mengulangi perkara sama untuk beliau. Mustahil.

Perkara ini disedari Ibrahim sejak awal-awal lagi. Dia pun sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Pas. Niat awal lagi dia hanya mahu menjadikan Pas sebagai jambatan untuk melepaskan diri ke seberang. Bila lepas, dia menang dan dapat kerusi Pas ditinggalkan, bahkan dikencing hacing begitu saja. Perbuatan Ibrahim terhadap Pas samalah seperti dia kencing dalam beladi kemudian menjirus dirinya sendiri. Bagi Ibrahim perbuatan itu tak mengaibkan. 

Walaupun dia jenis muka tidak malu, tetapi Ibrahim tidak akan sanggup menghirup air kencingnya sendiri dengan Pas kali ini. Dia tidak akan menangis lagi untuk meminta direkmenkan Pas memberi laluan kepadanya. Tidak.

Maka untuk survive politiknya dia kena berbuat sesuatu menjelang pilihan raya ini. Sekiranya dia berhajat untuk terus bertanding dia kena cari formula baru atau membuat tipu muslihat baru dan melupai formula dan tektiknya sebelum ini. Dia tahu dia tidak akan menang kalau bertanding atas calon bebas. Silap hari bulan dia akan kalah. Ibrahim menyedari hakikat ini dan kekalahan itulah amat digeruni kerana dia tidak mahu menjadikan kekalahan akhir ini sebagai legasi politiknya.

Dia juga tahu di mana kekuatannya dan berapa kapasitinya di Pasir Mas. Dia boleh mendakwa dia mempunyai pengaruh yang besar di Pasir Mas. Tetapi dia juga tahu berapa orang yang sanggup mengundinya. Dia tahu berapa banyak orang di Pasir Mas sedia mengambil duitnya tetapi tidak mengundinya. Misalnya semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, sebanyak 2,600 orang yang datang mengambil wang di rumahnya, tetapi hanya 420 saja yang mengundinya. Dalam pilihan raya itu wang depositnya mampus.

Sebenarnya selepas pilihan raya itu Ibrahim sudah patut berundur dari arina politik. Kekalahan itu cukup memalukannya dan memberi pengajaran kepadanya. Wang yang beliau tabur di Pasir Mas, ibarat padi yang dipatut dan disudu ayam dan itik tetapi ia tidak jatuh ke perut. Mereka amabil duit tetapi tidak tergamak untuk undinya.

Tetapi nasibnya baik. Pas beri laluan bertanding atas tikit Pas dan menang. Pas khasnya Nik Aziz berkorban memberi kerusi itu atas kepercayaan dan ikhlas untuk membantunya. Kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12 memulihkan semangat dan maruahnya. Dia menjadi hero kesekian kalinya. Tetapi Ibrahim tetap seperti anjing yang tersempit tidak pernah tahu mengenang budi orang.

Bagaimana kali ini? Ibrahim sebenarnya sedang berkira-kira untuk bertanding atas tikit BN menggunakan lambang dacing. Dia tahu sukar Umno untuk menerimanya sebab dia dipecat. Menurut perlembagaan Umno setiap ahli yang dipecat akan dibuang keanggotaan seumur hidup. Kerana itu dia mengharap Najib akan memberi laluan kepadanya untuk kerusi Pasir Mas.  Bagaimana pun apa saja boleh jadi, ketegasan perlembagaan itu Umno akan terubah memandangkan Umno dalam keadaan senak perut hari ini.

Kalau Umno dan Najib mempercayai dengan kata-kata dan dakwaan Ibrahim mungkin peraturan yang ketat dan keras mengenai keahlian Umno itu boleh berubah. Najib boleh pejam mata kedua belah untuk mengambil Ibrahim semula menyertai Umno.

Kini pun Ibrahim sedang menjual modal yang sama. Kononnya pengaruhnya hebat di Pasir Mas. Kalau Umno memberi laluan kepadanya sekurang-kurang tiga kerusi Dun akan selamat. Dun Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok. Kononnya pengaruhnya di parlimen Pasir Mas boleh menjamin kemenangan Umno. Itulah modal digunakan Ibrahim Ali.

Betulkah begitu dan sekuat itu pengaruh Ibrahim Ali. Sebenarnya itu adalah dakwaan dan retorik Ibrahim saja. Satu yang perlu disedari bahawa dalam pilihan raya lalu bukan semua orang Pas mengundi Ibrahim walaupun dia bertanding atas tikit Pas.

Sekiranya semua orang Pas mengundi beliau majoriti yang diperolehinya bukan 8,991 tetapi lebih besar dari itu. Seramai 864 undi rosak, kemungkinan yang rosak ini yang tidak mahu mengundi Ibrahim dan calon BN.

Ini menunjukkan bahawa ada penolakan ke atas peribadi Ibrahim Ali. Hakikat itu beliau tidak boleh mendakwa dia mempunyai pengaruh besar di Pasir Mas. Untuk dia bawa dirinya sendiri pun tidak berapa 'nak rak' - berdaya. Bahawa yang membantu kemenangannya ialah Pas.

Kini Ibrahim beriya untuk menyertai Umno. Palan dan strategi sedang dibuat. Katanya dia tidak akan merayu untuk menyertai Umno tetapi kalau ditawar dia akan masuk. Tidak ada beza bagi dunia politik sama ada dia masuk dengan merayu atau pun ditawar. Kita boleh tanya bila masa Ibrahim Ali ada maruah dalam politik?

Cuma di sini saya nak katakan kepada Najib terimalah Inchek Ibrahim menyertai Umno. Berilah lambang dacing untuk dia bertanding. Orang Pas dan orang Pasir Mas lebih seronok kalau Ibrahim bertanding atas tikit BN daripada berrtanding sendiri atas tikit Bebas. Mereka akan merasa puas hati dan gentlemen kalau dapat mengalahkan Ibrahim yang menggunakan lambang dacing daripada mengalahkan Ibrahim atas lambang bebas.

Tolonglah Najib berikan peluang kepada lebih lebih 65,000 pengundi di Pasir Mas untuk melepaskan dendam kesumat mereka ke atas Ibrahim Ali. Biarlah dunia melihat nasib Ibrahim kali ini yang 'sengotinya'. Kerana kalau Ibrahim bertanding atas tikit bebas, Ibrahim awal-awal lagi akan kalah. Sebelum tiba hari penamaan calon Ibrahim sudah menangis di umbi sagu. Kita mahu tenguk permainan sebenar di Pasir Mas kelak.

Bagaimana pun perlu disebut kalau Najib memberi laluan kepada Ibrahim Ali nescaya plan dan juga strategi yang sedang dilakar oleh Mustapa Mohamed dan rakan-rakannya untuk rampas Kelantan akan jadi 'berkucar baral' semula. Ibrahim akan tetap menganggui Mustapa. Dia tidak akan boleh duduk diam dan mengikut apa yang disusun aturkan kerana bila-bila masa dan di mana juga keadaan dia mahu menjadi ketua dan kepala halian. [wm.kl.5:41 pm 10/12/12]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads