03 di rantau panjang - Google Blog Search |
Tok Pa Beri Perhatian Terhadap Rintihan 1,000 Peniaga <b>Rantau</b> <b>...</b> Posted: 23 Apr 2013 02:39 AM PDT Oleh HANA MARYAM PASIR MAS – Kemelut yang melanda lebih kurang 1,000 peniaga di Rantau Panjang berhubung isu perpindahan ke tapak Pasar Baru Rantau Panjang oleh kerajaan Pas Kelantan mendapat perhatian, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Difahamkan peniaga menghadapi masalah untuk berniaga di tapak baru di bangunan bertingkat yang disediakan kerajaan negeri memandang sewa yang terlalu mahal iaitu di antara RM300 hingga RM3,000 sebulan mengikut unit berbanding kawasan asal yang lebih selsa dengan konsep terbuka. Mustapa ketiak diminta mengulas isu tersebut berkata, berikutan keselesaan peniaga di tempat sedia ada, kawasan tumpuan pelancong itu perlu dibangun dan dinaik taraf lebih-lebih lagi kedudukan Rantau Panjang sebagai pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. "Yang penting kita hendak pastikan infrastruktur untuk peniaga diperbaiki kerana keadaan di sini agak daif dengan bangunan yang lama, keadaan lalu lintas, sistem perparitan akan menyebabkan banjir bila berlakunya hujan lebat. "Ini satu perkara yang perlu diatasi kerana kalau orang melancong ke Kelantan, ramai akan datang Rantau Panjang," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar pekan Rantau Panjang. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, peniaga di sini memerlukan tempat strategik untuk menjalankan perniagaan selain menarik pengunjung ke kedai mereka sekali gus membeli produk yang dijual. "Nasib peniaga kecil itu perlu diberi perhatian serius kerana mereka menjadi antara penyumbang kepada usaha kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Jika peniaga kecil tidak dibela dan pendapatan di tahap lama, sudah pasti ini akan menggagalkan Wawasan 2020," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Peniaga Melayu Rantau Panjang Ramli Abdullah berkata keadaan pasar sedia ada bukan sahaja tidak selesa malah saluran air di situ sering tersumbat. "Keadaan macam ni, kalau berterusan boleh kurangkan sumber pendapatan sebab pelancong rasa tak selesa melihat keadaan kedai yang tidak teratur," katanya. Beliau yakin jika BN menerajui Kelantan, masalah yang membelenggui peniaga di situ dapat diatasi. Seorang peniaga buah-buahan, Mazanah Che Soh, 46, juga berharap BN dapat menggantikan kerajaan PAS untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. |
You are subscribed to email updates from di rantau panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan