Khamis, 11 April 2013

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


.: Calon PKR Parlimen Machang dan <b>Tanah Merah</b> Diumumkan <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 05:19 AM PDT

BERITA MALAM                                                                                                                 

[kemaskini] Malam esok bertempat di Tanah Merah, Kelantan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim akan mengumumkan dua lagi calon parlimen yang akan bertanding di kerusi parlimen kali ini di Kelantan. Untuk kerusi Machang PKR meletakkan Dr Wan Zawawi Wan Ismail seorang pensyarah di Institiut Aminuddin Baki (IAB) Kuala Lumpur.
Zawawi merupakan seorang pemegang Phd Extension Education (Community Resource Development) Training & Adult Learning University Putra Malaysia (UPM). Beliau juga pemegang  Master's Degree, Human Resource Management MS. HRD dari universiti sama.
Beliau dilahirkan di Labok Machang Kelantan 51 tahun lalu. Dr Zawawi akan mengganti tempat Saifuddin Nasution Ismail yang akan berpindah bertanding di Kulim - Bandar Baru Kedah. Pemilihan Dr Zawawi untuk mengganti Saifuddin dikira tepat dan sesuai sekali serta memenuhi selera masyarakat Machang.
Beliau bukan saja diterima oleh ahli dan penyokong PKR tetapi kalangan penyokong dan ahli PAS Machang juga mengalu-alukan pencalonan beliau. Zawawi dijangka akan dapat mengekalkan kerusi parlimen Machang yang dimenangi Saifuddin dalam pilihan raya lalu.
Manakala seorang lagi calon yang akan diumumkan malam esok ialah untuk kerusi parlimen Tanah Merah. Masih belum terdedah siapakah calon untuk kerusi berkenaan tetapi yang pastinya tidak penyandang sekarang Amran Abdul Ghani.
Salah seorang yang disebut-sebut ialah Nik Mahmod yang merupakan bekas calon PKR yang tewas di kerusi parlimen Kota Bharu tahun 2004. 
Selain dari itu seorang orang doktor yang kini mempunyai klinik persendirian di Tanah Merah juga disebut-sebut akan diumumkan malam besok.
Kerusi Tanah Merah sudah dua penggal dimenangi PKR, tahun 1999 ia dimenangi PKR menerusi calonnya Saufi Daud manakala tahun 2008 melalui Amran Abdul Ghani.
Sempena kunjungan untuk mengumumkan calon PKR malam besok, Anwar juga dijangka akan singgah di masjid Galok Pasir Mas untuk menunaikan solat Maghrib atau Isyak dan berjumpa dengan masyarakat setempat di parlimen Pasir Mas. 
Selepas di Tanah Merah beliau akan bergegas pula ke Jeli menghadiri himpunan pra pelancaran NGO "K" di Jeli. [kb.kel.8:13 pm 04/04/13]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads