03 di tumpat - Google Blog Search |
Mustapa: PAS masih belum bina jambatan <b>di Tumpat</b> | Free <b>...</b> Posted: 14 Apr 2013 05:06 AM PDT Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembukaan jalan yang sangat penting bagi laluan dari Langgar ke Pasir Pekan sejauh hampir dua kilometer itu telah menyelesaikan masalah kesesakan teruk di laluan itu. "Jambatan ini telah menyelesaikan masalah kesesakan teruk penduduk sebelum ini yang terpaksa bersesak apabila menggunakan jambatan sedia ada kerana ia tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak," katanya pada gimik pelancaran pembukaan jambatan itu di Tumpat, hari ini. Jambatan berharga RM184.4 juta yang mula dibina pada 2007 itu mula dibuka bagi laluan sehala antara Pasir Pekan ke Langgar sejak lebih seminggu lepas. Mustapa berkata jambatan itu dijangka boleh digunakan sepenuhnya pada Jun atau Julai ini. "Apabila siap, pengguna boleh melalui enam lorong berbanding dua lorong pada jambatan lama. Ini projek yang sangat besar dan menggunakan enam lorong yang ternyata mampu menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan," katanya. Beliau menafikan laporan yang mendakwa berlakunya keretakan serius di jambatan itu, dan segala masalah yang didakwa mampu diselesaikan. Pengguna tidak perlu bimbang untuk menggunakan jambatan itu, katanya. Mustapa juga berkata rakyat Kelantan perlu menilai janji kerajaan Kelantan pimpinan PAS dengan kerajaan persekutuan dibawah pimpinan BN. Kerajaan PAS Kelantan sehingga kini gagal membina jambatan antara Kampung Cina di sini ke Palekbang, Tumpat seperti yang dijanjikan, katanya. - Bernama Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=75891 |
You are subscribed to email updates from di tumpat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan