Wakaf Bharu – Taswadi Harun wakil Belia Wakaf Bharu minta pihak berkenaan tampil membaik pulih kemudahan padang awam dibelakang Bangunan MDT,Wakaf Bharu, dekat sini bagi membolehkan pelbagai aktiviti sukan dapat dijayakan.
Menurutnya, bagi setiap aktiviti sukan dan sesi riadah petang yang mahu dilakukan belia dan remaja di sini, mereka terpaksa menumpang padang sekolah rendah berdekatan.
"Sudah sekian lama kemudahan itu rosak dan terbiar menyebabkan kami tiada tempat yang sesuai untuk bersukan. Menumpang padang sekolah juga mengundang kesulitan kerana secara tidak langsung, aktiviti riadah petang belia di sini dikhuatiri akan mengganggu aktiviti sekolah.
"Kami amat mengharapkan kepimpinan setempat khasnya Cik Abdullah Mat Nawi selaku wakil rakyat Wakaf Bharu,Tumpat atau Datuk Kamaruddin Jaafar Ahli Parlimen Tumpat agar tampil membantu menyelesaikan masalah ini berikutan kemudahan padang ini amat diperlukan," katanya.
Sementara itu, rakannya Nakhieuddin Noor pula berkata, kami di sini tidak mengetahui status sebenar mengapa kemudahan padang dan gelanggang dibiarkan rosak tanpa dibaik pulih.
Menurutnya, padang sedia ada berlopak selain tidak rata dan terlalu semak sekali gus tidak selamat untuk digunakan ekoran berisiko mengundang kecederaan.
"Menurutnya, kami turut mengajukan masalah itu kepada kepimpinan peringkat kampung namun seperti tiada maklum balas ekoran keadaan padang tetap rosak tanpa dibaik pulih.
"Kami amat berharap agar kemudahan awam ini dibaik pulih bagi membolehkan masa lapang belia dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah," katanya.
Penulis:Mohd Asri Mohd Zain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan