February 10, 2013 ·
7 Comments
NASIB 3 beradik berbangsa Cina di Kelantan yang menetap dalam keadaan daif seperti dilapurkan media hari ini membuktikan satu perkara yang sering rakyat Malaysia ini terlepas pandang – PAS memang parti pembawa sial, kekufuran dan kepapaan.
Kelantan adalah negeri yang diperintah PAS selama 22 tahun.
Penulis jarang jumpa orang cina melarat. Bangsa cina di Malaysia ini biasanya diketahui sebagai bangsa yang senang dan mewah, paling cikai pun sederhana hidupnya. Kalau ada melarat sekalipun, kehidupan mereka dibantu komuniti cina dan persatuan-persatuan tertentu yang bersepah-sepah.
Malah kaum cina boleh hidup di negara miskin seperti Papua New Guinea pun, membuktikan ketabahan bangsa ini dalam menyesuaikan diri dan bertahan dimana sahaja mereka berada, sehinggakan dalam beberapa keadaan, orang cina dan kekuatan ekonomi mereka seolah-olah imun dari krisis.
Tapi penulis tak sangka, macam mana tabah dan hebat pun orang cina menguruskan ekonomi, ada segelintir dari mereka kalah dan tumpas kepada polisi membangkrapkan negeri yang diamalkan PAS Kelantan, seterusnya menyebabkan mereka hidup dalam belenggu kemiskinan.
Bukan ramai mana pun orang cina di Kelantan sebab negeri itu hampir 100% melayu, tapi yang sedikit itupun merempat juga.
Dahlah peluang ekonomi di negeri tersebut begitu kecil, harap pelancung yang datang bertandang dalam perjalanan ke Thailand sahajalah untuk membantu menaikkan ekonomi negeri tersebut, sedikit yang ada pun, tidak memberi peluang kepada ramai orang untuk berkongsi, hanya kepada kroni-kroni PAS sahaja.
Dalam masa yang sama, Kota Bharu dikompangkan sebagai Bandaraya Islam, bila ada yang melarat, tak pasal-pasal Islam dikaitkan pulak, walhal semuanya salah polisi pentadbiran Nik Aziz dan PAS.
Penulis mendengar, semua ini ada kaitan dengan diskriminasi terhadap bangsa lain yang diamalkan PAS secara meluas di negeri tersebut.
Semangat toleransi antara kaum berlainan hampir tidak wujud di Kelantan sehinggakan bila mengundi pun PAS lebih sanggup mengarahkan ahlinya mengundi calon UMNO dari calon bukan Islam PKR atau DAP (ADUN Gaal dari PAS, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad).
Jadi sempena Tahun Baru Cina ini kaum cina harap renungkanlah nasib yang menimpa bangsa anda yang melarat dibawah pemerintahan PAS. Itu baru di Kelantan, bayangkan sahajalah kalau puak ini diberi peluang di peringkat persekutuan.
Jangan ingat PAS ini bertoleransi hanya kerana ada patung Buddha besar di Tumpat, itu bukan untuk orang cina, tapi orang siam!!
By Adamyan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan