Isnin, 13 Mei 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Panas: Penyokong Husan Musa Protes <b>Di Kota Bharu</b>

Posted: 07 May 2013 10:00 PM PDT

[Apa sudah jadi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa?. Gara-gara tindakan beliau memberanikan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen P.125 Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu, akhirnya masa depan politik beliau kian kabur. Selepas tewas kepada penyandang, Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya Husam kini terpinggir di bumi sendiri "Kelantan Darul Naim". Apa tidaknya, beliau tidak lagi terpilih sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan diawah kempimpinan Menteri Besar yang baru Datuk Ahmad Yaacob. Pagi ini, sekumpulan penyokong Husam Musa berkumpul di luar Bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri bagi membantah tindakan menggugurkan beliau daripada barisan exco kerajaan negeri Kelantan. Pihak polis telah menutup jalan serta di sekitar Jalan Kuala Krai, di mana terletaknya pejabat kerajaan. Situasi nampak tegang dengan ratusan penyokong yang hadir. Polis menggesa penyokong beredar dengan menyatakan himpunan tersebut adalah haram namun kira-kira 100 penyokong setia Husam enggan beredar dan tetap duduk di situ. Semalam, orang kuat Husam, Mohd. Nuri Mat Yaacob yang juga Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN, Pas Salor mendesak MB supaya memberi penjelasan kepada rakyat mengenai ketiadaan nama Husam dalam senarai kerajaan negeri itu. Husam sebelum ini meminta agar 'penyingkiran' beliau sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu menegaskan bahawa Sultan Kelantan merupakan seorang raja yang saksama dan adil. Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana "tidak diberitahu, tidak dimaklumkan dan tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu." "Ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting ini membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan," katanya petang semalam.Tanpa mempertikaikan barisan Exco kerajaan negeri yang dilantik, Naib Presiden Pas itu memohon agar tidak berlaku amalan kronisme di semua peringkat. Apa yang berlaku kepada Husam umpama "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". Harap, ia tidak huru-harakan PAS Kelantan].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads