03 di kota bharu - Google Blog Search |
Senarai kedai sarapan pagi wajib cuba <b>di</b> sekitar <b>Kota Bharu</b> <b>...</b> Posted: 27 Apr 2013 10:17 PM PDT Percutian dan kunjungan anda ke Kelantan tidak lengkap jika anda tidak mencuba sarapan pagi atau breakfast di kedai yang popular dari kalangan penduduk setempat. Ruangan kali ini penulis sediakan senarai tempat mashur yang 'evergreen' untuk bersarapan pagi di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Mungkin agak janggal bagi anda kerana sarapan pagi di Kelantan menyediakan menu yang 'berat' seperti nasi kerabu, nasi berlauk ayam dan pelbagai lagi. Sebenarnya, inilah tradisi orang Kelantan yang dahulunya perlu makan pagi dengan menu yang sebegitu untuk keluar bekerja menggunakan kudrat fizikal. Yang pasti, sarapan pagi di Kelantan adalah satu nikmat yang mesti dirasai oleh semua terutamanya jika anda yang bercuti di Kelantan. Tempat sarapan di sini walaupun nampak biasa-biasa sahaja, orang berpusu-pusu datang di waktu pagi kerana citarasa orang Kelantan yang menggemari makan pagi yang kena dengan selera lebih-lebih lagi rasa masakan yang serba lengkap, suasana kekampungan dan juga kedai yang mempunyai keunikannya tersendiri. Jika anda tidak mengambil sarapan pagi di Hotel, senarai yang disediakan di sini mesti dicuba. Jadi, jom kita bersarapan.. Kopitiam KitaKedai makan Kopitiam Kita boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu dan dihimpunan di sini. Kiranya, macam menjadi one stop center mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik. Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titab dengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini. Menu popular: Roti Titab, Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia. Tel: 019-9810888 Peta Online: Kedai Kopitiam Kita Nasi Kak WokKedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap. Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang bertebaran di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedainya. Jadi, jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok, pastikan ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original. Menu popular: Nasi berlauk ayam oreng Alamat: Asal (Jalan Lundang, belakang KBMC), Cawangan (Kubang Kerian -Depan USM) Peta Online: Kedai Nasi Kak Wok Lundang Nasi Ayam Kampung TelipotJika anda ingin bersarapan dengan menu yang jarang jarang boleh didapati, singgahlah ke warung Nasi Ayam Kampung Telipot yang terletak di belakang pasaraya Billion, Kota Bharu. Kedai ini antara kedai sarapan pagi yang menyediakan menu ayam kampung yang paling sedap di Kota Bharu. Ayam goreng dan gulai yang masih panas menanti anda yang singgah di kedai ini. Menu popular: Nasi lauk ayam kampung goreng madu dengan gulai Alamat: Lorong Merican, Belakang Bilion Peta Online: Nasi Ayam Kampung Telipot Kedai Pokloh Milo Tunggeng / TonggengMelihatkan nama kedai ini, semestinya ia mempunyai keunikannya tersendiri yang menjadi mashur di kalangan penduduk setempat dan orang lama di Kelantan. Pokloh Milo Tunggeng ini adalah kedai kopi lama yang menuangkan milo dengan cara tersendiri iaitu tanpa menggunakan sudu dengan menunggeng tin milo tanpa membuka penutup. Orang Kelantan ada juga panggil milo ketuk iaitu mengetuk tin milo supaya milo keluar ke dalam cawan. Kuantiti milo yang dibancuh adalah 2-3 kali ganda lebih banyak dari kedai lain. Suasana warung ini masih mengekalkan ciri-ciri warung desa. Menu yang disediakan pula ada nasi berlauk popular di sekitar Kota Bharu dan juga roti bakar atau telur masak separuh. Jika ingin merasai suasana klasik sarapan di Kelantan, berkunjunglah ke warung Pokloh Milo Tunggeng. Menu popular: Milo tunggeng, pelbagi nasi berlauk ayamg oreng, roti bakar, telur masak separuh Alamat: Belakang KTC/Hospital Pakar Perdana (Jalan Gereja), Kota Bharu Kelantan Peta Online: Pokloh Milo Tunggeng Bersambung Part 2… teruskan bersama CutiKelantan.com |
You are subscribed to email updates from di kota bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan