Rabu, 8 Mei 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


AKAR UMBI: Kehijauan Projek Kangkung Nik Aziz <b>Di Kota Bharu</b>

Posted: 30 Apr 2013 06:01 AM PDT


Semalam beberapa blog mendedahkan hasil carian pemilikan hartanah MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat di beberapa kawasan di Kota Bharu yang dilakukan oleh calon Bebas Pasir Mas Dato' Ibrahim Ali.

Melihat satu persatu butiran hartanah yang didedahkan tersebut, saya dapati tanah-tanah tersebut adalah kurang dari seekar (1 ekar bersamaan 0.4 hektar) dan kesesuaian tanah pertanian sekangkang kera itu hanyalah tanaman kangkung. Namun, ia harus diusahakan secara intensif tetapi tidak sesuai untuk orang yang seusia dengan Nik Aziz.

12 lot tanah dari keseluruhan 14 lot yang dimiliki oleh Nik Aziz merupakan tanah yang berstatus pertanian dan bersaiz antara 0.04 - 0.26 hektar dan beliau hanya erlu membayar cukai tahunan antara RM1 - RM2.


Di atas adalah ringkasan dari butiran yang didedahkan hasil carian di pejabat tanah.

Rumusan dari butiran tersebut, bukanlah projek kangkung menjadi keutamaan Nik Aziz. Sebaliknya ia merupakan perancangan jangka panjang Nik Aziz untuk memperturunkan harta-harta berkenaan sebagai tapak rumah kepada anaknya.

Dengan berselindung disebalik status pertanian, Nik Aziz cuma membayar cukai tahunan antara RM1 - RM3  setahun.

Mungkin kerana Nik Aziz banyak menyimpan hartanah dalam bentuk demikian, pihak berkuasa kerajaan negeri takut untuk meletakkan syarat kepada tanah berkeluasan kurang 1/2 ekar (0.2 hektar) tidak boleh dikategorikan sebagai tanah pertanian.

Logiknya pun tanah berkeluasan sedemikian hanya sesuai untuk bangunan. Sepatutnya Nik Aziz mesti membayar cukai yang lebih tinggi dan bukannya cukai tahunan RM1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads