di negeri kelantan - Google Blog Search |
Kemeriahan PRU <b>Di Negeri Kelantan</b> - Ema Blog Posted: 08 May 2013 08:36 PM PDT Walaupun PRU sudah berlalu, tetapi desas desus mengenai PRU kali ke-13 masih jadi bualan hangat. Ada yang puas hati ada yang tidak puas hati...bukan mudah untuk puaskan hati orang lebih-lebih lagi melibatkan hati ramai orang...iaitu rakyat Malaysia. Aku tak nak cerita pasal kekecohan politik di Malaysia tapi aku nak kongsikan pengalaman aku balik kampung untuk mengundi pada PRU 13 ini. Kemeriahan menyambut PRU di Kelantan sangat berbeza di tempat-tempat lain...di sini aku akan bezakan di tempat aku Pasir Puteh, Kelantan dan KL di kawasan tempat tinggal aku. PRU ini boleh ibaratkan satu perayaan bagi Orang Dewasa.. Mereka semua memang bersemangat menyambut pilihanraya. Aku juga sempat pergi ke pos-pos parti yang dihias mengikut kreativiti sendiri. Malah, ada pos sediakan makan ringan dan antara yang sempat aku rasa ayam bakar dan nasi dagang. Lihat pos kedua-dua politik ini. Walaupun berbeza politik dan pos-pos dibina bersebelahan tiada berlaku kekecohan pun. Malam kemuncak PRU adalah paling bermakna. Aku sempat melihat kemeriahan perarakan membawa bendera-bendera politik masing-masing. Dengan laungan Kekal.....Tukar Kemenangan di kampung aku adalah Kekal. |
You are subscribed to email updates from di negeri kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan