Sabtu, 1 Jun 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


BN Tetap Bina Hospital <b>Di Bachok</b> | Detik Perubahan

Posted: 06 Apr 2013 10:08 PM PDT

067

Oleh RAITINI RAHMAN

BACHOK – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Ilias Hussain menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyifatkan janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina sebuah hospital yang dianggarkan bernilai RM120 juta sebagai satu pembohongan.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah memandangkan hospital berkenaan akan tetap dibina di lokasi yang telah dipilih iaitu di Kampung Bator Jelawat dekat sini.

Katanya, pembinaan hospital itu mungkin akan mengambil masa kerana ia membabitkan memerlukan pelbagai proses seperti pengambilan tanah.

"Setelah selesai semua urusan itu, kita dapat menjalankan pembinaannya seperti yang dirancang bagi menjaga kesihatan penduduk. Hospital berkenaan akan dilengkapi 76 buah bilik untuk permulaannya.

"Kita gembira dengan penubuhan pusat dialisis yang akan diadakan di Bachok ia akan memudahkan penduduk yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan. Ini bukti keprihatinan kerajaan pusat yang mengutamakan rakyat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Tibi Sedunia 2013 peringkat negeri Kelantan di Pasar Jelawat, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan pembinaan hospital dijajahan Bachok yang dirancang kerajaan pusat sebagai satu pembohongan kepada rakyat di jajahan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, segala urusan berkaitan tanah di kawasan pembinaan hospital sudahpun selesai dan majlis pecah tanah dijangka akan diadakan dalam seminggu dua ini.

"Kerja-kerja pembinaan hospital di kawasan seluas 23.068 hektar itu akan dilakukan pada tahun ini juga. Untuk permulaan, hospital itu akan beroperasi tanpa pakar dan kita lihat perkembangan pesakit, kalau perlu kita akan adakan hospital untuk pakar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads