Khamis, 6 Jun 2013

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Perigi Timur: Kes Tembak <b>Di Bachok</b> !!! Tiada Kaitan Dengan <b>...</b>

Posted: 16 May 2013 06:26 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang tukang rumah yang sedang menikmati sarapan di sebuah kedai di Kampung Kemayan di Bachok pagi tadi tercedera akibat terkena dua das tembakan oleh penunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, Azmi Ismail, 37, cedera di pinggang dan peha kanan selepas terkena tembakan yang datang dari arah belakangnya kira-kira jam 8 pagi.

Suspek dikatakan memakai kain pelekat, berbaju hitam dan bertopi keledar.

"Sehubungan itu kita melakukan Ops Tutup bagi mengesan suspek sementara dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Lai berkata, mangsa yang dibawa orang ramai ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. - BERNAMA

PT
Nampaknya kes tembak ini merupakan kejadian pertama setelah Pas dapat mengekal dan menerintah Kelantan dalam Pru13 lepas.

Diharapkan selepas kejadian ini tiada lagi kes sedemikian, lagipun MB Kelantan sudah di TUKAR kepada yang kebih layak.Jadi seeloknya kerajaan Pas Kelantan dapat mentarbiahkan para penyokongnya yang kebanyakkanya 'gedebe' tahap gila menjadi manusia yang sebaik mungkin.

Takkanlah mereka sudah lupa dengan slogan mereka Pakatan Harapan Rakyat???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads