Rabu, 26 Jun 2013

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Air Terjun Jelawang Gunung Stong <b>Dabong</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 19 Jun 2013 10:45 PM PDT

Cuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu.

Kali ini kami melalui lain lain iaitu  jalan  Jeli – Dabong dan Sungai Sam.

Jalan Jeli - Dabong - Sungai Sam
Bagi yang tak biasa melalui jalan raya persekutuan , beginilah keadaan jalannya. Kecil dan sunyi bukan seperti lebih raya.  Jadi jangan terkejut kalau laluan yang tak pernah kita pergi itu boleh buat pengambaran sambil baring-baring  atau planking.

Sepanjang jalan  kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain.

Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong .  Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan.  Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya.

 Air Terjun Jelawang

Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong  ( Gunung Stong State Park (GSSP).

Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong.  Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara.  Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut.

Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong.  Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong.

Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.

Stesen Keretapi Dabong
Selain jalan raya, Dabong boleh dikunjungi melalui keretapi yang akan melalui Stesen Keretapi Dabong.

Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz.  Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong )

Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek.

Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini.

Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads