03 di gua musang - Google Blog Search |
Ladang Gaharu Bernilai RM3 Juta Dibuka Untuk Orang Asli <b>Di Gua</b> <b>...</b> Posted: 10 Jun 2013 04:32 PM PDT GUA MUSANG, 10 Jun (Bernama) — Ladang gaharu bernilai RM3 juta bakal dibuka tidak lama lagi untuk memberi peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan kepada masyarakat Orang Asli yang setia menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata permintaan bagi produk gaharu kian meningkat di pasaran luar negara dan harga tertinggi sekarang ialah RM50,000 sekilogram. "Bagaimanapun, kita masih belum dapat membuka ladang itu kerana terhalang dengan kelulusan tanah oleh kerajaan negeri, tetapi kita yakin perkara yang dalam peringkat penyelesaian dapat dipertimbang. "Kita cukup menghormati kesetiaan Orang Asli yang setiap kali menyokong BN bagi membolehkan kita meneruskan agenda pembangunan untuk mereka," katanya ketika berucap pada majlis merai kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 di Pos Brooke, Lojing Isnin. Tengku Razaleigh juga berkata penduduk Orang Asli juga akan diberi peluang mengusahakan ladang rotan manau di kawasan sama. "Tengoklah nanti, Orang Asli yang ditawarkan pemilikan saham dalam dua perladangan itu akan mampu memperoleh pendapatan lumayan dan sekali gus memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka," katanya. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan