Sabtu, 22 Jun 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Ladang gaharu bernilai RM3j dibuka <b>di Gua Musang</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 05:12 PM PDT

Posted on June 11, 2013, Tuesday

GUA MUSANG: Ladang gaharu bernilai RM3 juta bakal dibuka tidak lama lagi untuk memberi peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan kepada masyarakat Orang Asli yang setia menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lepas, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata permintaan bagi produk gaharu kian meningkat di pasaran luar negara dan harga tertinggi sekarang ialah RM50,000 sekilogram.

"Bagaimanapun, kita masih belum dapat membuka ladang itu kerana terhalang dengan kelulusan tanah oleh kerajaan negeri, tetapi kita yakin perkara yang dalam peringkat penyelesaian dapat dipertimbang.

"Kita cukup menghormati kesetiaan Orang Asli yang setiap kali menyokong BN bagi membolehkan kita meneruskan agenda pembangunan untuk mereka," katanya ketika berucap pada majlis merai kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 di Pos Brooke, Lojing semalam.

Tengku Razaleigh juga berkata penduduk Orang Asli juga akan diberi peluang mengusahakan ladang rotan manau di kawasan sama. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads