03 di ketereh - Google Blog Search |
Masak ringkas-ringkas je...: Kerabu Buah Gajus @ <b>Ketereh</b> Posted: 04 Jun 2013 06:20 PM PDT Alhamdulillah, kembali bersiaran selepas hampir seminggu bercuti di kampung..seronoknya hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah Mek dan Mak mertua sihat walafiat, semoga mereka terus diberi kesihatan dan juga usia yang penuh keberkatan..aminn. Selepas 3 malam di rumah mertua kami teruskan percutian di rumah mek pula. Sampai-sampai je tengok Mek tengah mengait buah gajus di belakang rumah. Adalah 4 biji ni sisa dimakan tupai. Langkah kanan betul saya. Dah lama berniat nak buatkan kerabu buah gajus kegemaran arwah nenek ni. Malangnya tak pernah pulak terjumpa dengan buah gajus yang dijual di pasar. Apa lagi, walaupun hanya 4 biji kecik2 ni, misi akan ku teruskan jua hahahahhaha.. 4 biji buah gajus- dihiris nipis dan perahkan sedikit buang air pahitnya. 1/2 buah nenas- dicincang panjang-panjang Cili api dan bawang merah hiris untuk hiasan.
Ini hidangan turun temurun daripada beliau. Akhirnya saya berjaya membuatnya selepas puluhan tahun tidak pernah dihidangkan. Hampir menangis semasa menikmatinya bersama-sama dengan mek dan abang saya yang kebetulan juga balik bercuti..sama-sama mengimbau kembali kenangan bersama-sama arwah menyediakan kerabu mudah tapi sungguh istimewa ini........ Al Fatihah. |
You are subscribed to email updates from di ketereh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan