Isnin, 3 Jun 2013

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Bangun <b>pulau di</b> Selat <b>Melaka</b> - Utusan Online

Posted: 27 May 2013 10:51 AM PDT

Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my

Pulau Besar bakal dimajukan lagi sebagai tarikan pelancongan, di Melaka.

MELAKA 27 Mei - Kerajaan negeri akan mengambil inisiatif membangunkan beberapa pulau di perairan Selat Melaka sebagai destinasi baharu pelancong dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Pembangunan Pantai dan Pulau-Pulau, Datuk Ghazale Mohamad berkata, kerajaan negeri melihat pulau-pulau sedia ada berpotensi untuk menarik minat pelancong khususnya dari luar negara seperti di Sabah, Terengganu dan Johor.

''Di Melaka ada beberapa pulau yang boleh dibangunkan dalam sektor pelancongan antaranya adalah Pulau Upeh, Pulau Undan, Pulau Besar, Pulau Burung dan beberapa pulau kecil.

''Saya akan meninjau pulau-pulau tersebut dalam tempoh terdekat ini untuk melihat potensi jika ia boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baharu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ramai yang tidak mengetahui beberapa pulau di perairan negeri ini mempunyai pantai yang cantik dan boleh diketengahkan sebagai destinasi pelancongan.

Bagi memastikan kejayaannya kata Ghazale, beliau bersama Jabatan Perikanan dan beberapa agensi lain akan membuat lawatan ke beberapa pulau berkenaan untuk melihat kesesuaian bagi dijadikan lokasi kedatangan pelancong.

Beliau menambah, jika pulau-pulau berkenaan mempunyai tarikan dan mudah untuk berlabuh, mungkin ada beberapa infrastruktur akan dibangunkan di pulau tersebut.

Kemudahan tersebut katanya, adalah untuk pulau-pulau lain dan bukannya Pulau Besar yang telah mempunyai pelbagai kemudahan.

''Sebagai permulaan untuk jangka pendek ini, kita akan menyediakan pakej melawat pulau menaiki bot pada kadar bayaran berpatutan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads