03 di tumpat - Google Blog Search |
- Blog Archive » Kenyataan Media: Isu Minyak <b>di Tumpat</b> & Royalti 20 <b>...</b>
- Kedahkini: Kaya, Kaya.. Minyak Petrol Keluar Dari Telaga, <b>Di</b> <b>...</b>
- Penemuan Minyak <b>Di Tumpat</b>??!! Puak R Ni Memang Pandai Buat <b>...</b>
Blog Archive » Kenyataan Media: Isu Minyak <b>di Tumpat</b> & Royalti 20 <b>...</b> Posted: 28 May 2013 11:12 AM PDT ISU MINYAK DITEMUI DI TUMPAT: R AKAN ANALISA & TUNTUT KERAJAAN BAYAR ROYALTI 20% DI SABAH DAN SARAWAK. Penemuan minyak di atas darat di Tumpat satu perkara yang mengejutkan ramai pihak, seperti laporan akhbar Sinar Harian harini bertarikh 28 Mei 2013. Kerana sebelum ini Mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa. Pihak R yang diketuai oleh Presiden R, Nazri Deraman dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Hj Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang. Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan. Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput. Cuma bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains dan makmal terkemuka di Kuala Lumpur. Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan benda mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh PETRONAS. Iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun. Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri.Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333, bersama dengan akan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak. Pihak R akan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menganalisa dan akan membuat kenyataan media terhadap hasil kajian itu nanti. Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari. Sekiranya PM tidak menglaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan kemudahan asas di sana. R AKAN ANALISA MINYAK DITEMUI DI TUMPAT & TUNTUT KERAJAAN BAYAR ROYALTI 20% DI SABAH DAN SARAWAK. Penemuan minyak di atas darat di Tumpat satu perkara yang mengejutkan ramai pihak, seperti laporan akhbar Sinar Harian harini bertarikh 28 Mei 2013. Kerana sebelum ini Mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa pernah menyatakan bahawa terdapatnya minyak di dalam perut bumi Tumpat dan Kota Bharu mengikut kajian geosains semasa. Pihak R yang diketuai oleh Presiden R, Nazri Deraman dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Hj Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang. Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan. Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput. Cuma bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains dan makmal terkemuka di Kuala Lumpur. Sebenarnya penemuan minyak di darat adalah bukan benda mustahil kerana di Indonesia, penemuan Minyak di Darat di Blok Cepu, Jawa Timur dan Jawa Tengah sejak dulu lagi.Malah di Malaysia juga ditemui minyak di darat seperti penemuan minyak di Sarawak oleh PETRONAS. Iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun. Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri.Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333, bersama dengan akan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak. Pihak R akan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menganalisa dan akan membuat kenyataan media terhadap hasil kajian itu nanti. Pada masa yang sama R menuntut Perdana Menteri agar membayar Royalti 20% kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan beliau semasa berkempen Pilihanraya 13 di Sabah tempohari. Sekiranya PM tidak menglaksanakan janji tersebut, rakyat Sabah dan Sarawak perlu bangkit menuntut hak mereka seperti dijanjikan untuk pembangunan kemudahan asas di sana. |
Kedahkini: Kaya, Kaya.. Minyak Petrol Keluar Dari Telaga, <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 27 May 2013 07:23 PM PDT Ada minyak dalam telaga Anak Salbina, Zulnuraiman, 16, mengasingkan air telaga yang bercampur minyak dipercayai petrol yang dicedok dari telaga di rumah Nik Yusof. Zulnurain (kiri) bersama Zulnuraiman menunjukkan air telaga bercampur minyak. Minyak tersebut terbakar selepas dicucuh api. TUMPAT - Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol. Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu. "Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol. "Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol," katanya. Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar. Air telaga berbau minyak petrol Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab. Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah. "Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya. "Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan memudaratkan kesihatan saya kerana air telaga itu sudah tercemar," katanya. Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput. Dua telaga jiran Zulnurain turut terlibat Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak. Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu. Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak. Khuatir disambar api Isteri Ahmad, Salbina Mohamad, 46, berkata, sejak dia mengetahui telaganya bercampur dengan minyak dipercayai petrol, dia tidak memasak khuatir disambar api. "Permukaan telaga saya yang terletak di dalam rumah dipenuhi dengan minyak, saya khuatir ia disambar api ketika saya sedang memasak," katanya. Menurutnya, akibat meminum air telaga tersebut, suaminya Ahmad sakit, namun alhamdulillah semakin pulih selepas berhenti menggunakan air dari telaga itu. Lapor kepada Jabatan Alam Sekitar Salbina berkata, masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar. "Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini. "Bila-bila masa sahaja kebakaran boleh berlaku, sekiranya ada puntung rokok tercampak dalam telaga ini, atau apa sahaja sumber api berada berhampiran telaga ini," katanya.~ Sinar Harian |
Penemuan Minyak <b>Di Tumpat</b>??!! Puak R Ni Memang Pandai Buat <b>...</b> Posted: 29 May 2013 08:30 AM PDT Dalam sejarah CTS membaca Harakahdaily, belum pernah CTS membaca berita yang amat mengemparkan ini. Berita penemuan minyak di Pasir Pekan (baca di sini) bakal menarik minat Discovery Channel untuk membuat liputan eksklusif dan sensasi. Ini penemuan yang amat besar dan bakal mencatatkan sejarah dunia. Minyak mentah seperti dalam botol di atas telah ditemui di dalam telaga minum!!! Hebat betul mereka berdua ni. Jumpa minyak dalam telaga tanpa perlu melalui loji penapis. Mungkin berlaku kebocoran minyak di dalam tanah dari paip yang berdekatan atau sememangnya warna air di Kelantan memang sebegitu rupanya. Tidak perlu memperbodohkan diri mengatakan bahawa minyak telah ditemui sekadar untuk memberi harapan palsu kepada Rakyat. CTS ingin mencadangkan kedua-dua "tokoh" di atas masuk dalam rancangan Maharaja Lawak musim depan, gerenti boleh jadi juara. |
You are subscribed to email updates from di tumpat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan