Jumaat, 28 Jun 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: <b>di negeri kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2013 01:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Murabbi Pondok perlu dihargai – MB <b>Kelantan</b> | GegarKelantan.net

Posted: 04 Jun 2013 11:24 PM PDT

Oleh : Ahmad Hasanain MN

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakob bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah dan Adun Pasir Tumboh Ustaz Abdul Rahman Yunus

KUBANG KERIAN ( Pasir Tumboh ) : -  Kejayaan seseorang manusia adalah bergantung kepada keupayaan mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan untuk memperolehi ilmu tersebut, mereka seharusnya mendekati golongan ulamak maupun pendidik dalam pelbagai ilmu dunia dan akhirat.

Menurut Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakob, begitu juga pentadbiran sesebuah negeri maupun negara ia juga memerlukan gandingan mantap antara pemerintah dan ulamak.

Kedua-dua institusi ini tidak boleh dipisahkan bagi memastikan sesebuah kerajaan berjalan dengan baik dan selari itulah kerajaan Kelantan meletakkan dasar Membangun Bersama Islam yang menggabungkan pemerintahan dibawah pentadbiran ulamak.

" Alhamdulillah sehingga kini, kerajaan Kelantan sentiasa memastikan institusi ulamak berada di tahap yang tinggi dan kelahiran ulamak adalah dari pondok-pondok yang bertaburan  di negeri ini"katanya.

Ahmad berkata demikian di majlis Memperingati Israk Mikraj dan  Hari Murabbi peringkat Pondok Terusan Pasir Tumboh hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqqullah dan Adun Pasir Tumboh Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Beliau juga berharap pelajar pondok sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan pondok agar segala ilmu yang diperolehi sepanjang berada di pondok dapat dimenafaatkan untuk masyarakat umum.

" Kita sepatutnya melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana melalui golongan ulamak lah kita dapat mempelajari pelbagai ilmu terutamanya berkaitan bidang keagamaan dan ia pula boleh disebarkan ke setiap pelusuk dunia"ujar beliau lagi.

Tokoh Murabbi Pondok Terusan Pasir Tumboh Haji Wan Muhammad Wan Osman menerima penghargaan dari Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakob.

Sementara itu Adun Pasir Tumboh Ustaz Abdul Rahman Yunus ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut berharap dengan adanya sambutan Hari Murabbi yang julung kali diadakan ini, ia akan menjadi permulaan bagi seluruh negeri Kelantan untuk melahirkan rasa penghargaan kepada Tok Guru, Ulamak, Ustaz dan seluruh tenaga pentadbiran institusi Pondok di negeri Kelantan.

Abdul Rahman juga berkata Majlis seperti  ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri supaya ia dijadikan program sambutan setiap tahun.

" Sememangnya kita amat alpa terhadap perjuangan tokoh-tokoh ulamak negeri ini, sedangkan melalui ketokohan ulamak masa silam lah kita di Kelantan dapat menghayati ilmu agama dengan lebih mudah dan selesa sehingga kini, justeru itu, saya berazam untuk mengadakan pada setiap tahun program ini bagi menghargai ulamak dan institusi pondok yang banyak berjasa kepada rakyat negeri Kelantan dan negara am nya"katanya lagi.

Di Majlis tersebut Tokoh Murabbi tahun 2013 peringkat Pondok Terusan telah diberikan kepada Ustaz Wan Muhammad Wan Osman,75 tahun yang merupakan tenaga pengajar yang paling lama bermula tahun 1964 sehingga kini, beliau berasal dari Kampug Tendong Pasir Mas mempunyai empat anak dan dua anak lelaki beliau turut menjadi tenaga pengajar di Pondok tersebut.

Penghargaan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakob.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads