PRU13: PAS Hilang Kuasa <b>Di Kelantan</b>........!!! - merapu Posted: 27 Apr 2013 06:54 PM PDT Hari ini kekuatan media dan media maya PAS kembali kendur seperti asalnya sewaktu PRU 1999 dan PRU 2004. Kekuatan media dan media maya PAS hanya tertumpu kepada pejuang-pejuang dan aktivis-aktivis parti yang hanya mampu berhujah dengan cara penuh kekerasan dan caci-maki menjurus kepada meraih sokongan dari pembaca yang sudah menyokong mereka. Di Kelantan arus perubahan berpihak kepada BN sudah mula menjadi gelombang. Penduduk di kawasan bandar dan pesisir bandar sudah mula jemu dengan kemelut yang mereka hadapi akibat kegagalan Kerajaan Negeri Pimpinan PAS menyelesaikan isu-isu asas seperti kemudahan air bersih dan sistem saliran yang baik serta kebersihan persekitaran. UMNO pula kembali menikmati sokongan yang meningkat di kerusi-kerusi tradisi mereka termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan yang terlepas dalam PRU 2008. Keputusan kajian peti-peti undi oleh PAS Kelantan sendiri menyaksikan satu pattern yang membimbangkan. PAS Kelantan sedar mereka berhadapan dengan kekalahan di Kelantan. Imej Nik Aziz sudah tercemar dan menjadi orang biasa. Pengganti pilihan Nik Aziz, Dato' Husam Musa pula tidak dapat diletakkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kerana tidak digemari oleh pihak Istana Kelantan. Calon popular untuk mengganti MB Kelantan itu pula, seperti Dato' Ahmad Yacob dan Dato' Mohammad Amar dirasai oleh Nik Aziz sebagai tidak memiliki kemampuan yang sewajarnya. Dalam sekeadaan begini, Nik Aziz tiada pilihan tetapi memilih untuk terus kekal sebagai tunggak PAS di Kelantan. Kedudukan semasa di Kelantan menyaksikan UMNO berada di dalam kedudukan agak selesa untuk memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan. Jika ditambah dengan 5 kerusi yang dimenanginya pada 2004 tetapi tewas pada 2008 serta 3 kerusi yang mereka tewas kurang daripada 5% undi dalam tsunami 2008. Keseluruhannya, UMNO dilihat berpotensi memenangi minimum 24 daripada 45 kerusi DUN Kelantan. Enambelas kerusi tersebut meliputi N01 Pengkalan Kubor,N04 Wakaf Bharu,N15 Gual Periok,N16 Bukit Tuku,N22 Jelawat,N25 Kok Lanas,N29 Selising,N31 Semerak,N36 Bukit Bunga,N37 Air Lanas,N38 Kuala Balah,N40 Guchil,N42 Dabong,N43 Nenggiri,N44 Paloh dan N 45 Galas. Lima kerusi yang dimenangi UMNO pada 2004 meliputi N11 Tendong,N23 Melor,N27 Gual Ipoh,N39 Mengkebang dan N41 Manek Urai. Baki tiga kerusi lagi meliputi N21 Perupok,N34 Temangan dan N35 Kemuning. Sementara itu, jika arus pemilih Melayu yang dilihat mula kembali kepada UMNO di dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil semenjak YAB Dato' Sri Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, PAS turut berkemungkinan besar akan tercicir kerusi N11 Chetok,N12 Pengkalan Pasir,N20 Tawang,N24 Kadok,N30 Limbongan,N32 Gaal dan N33 Pulai Chondong. Kewibaan UMNO Kelantan di bawah pimpinan Dato' Sri Mustapa Mohamed juga dapat diukur dengan kemampuan ia mengembeling jenteranya menyakinkan pemilih bahawa Kelantan dibawahnya akan mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakat. Jika pemilih yakin dengannya, kerusi-kerusi berikut juga boleh terus tercicir dari genggaman rapi PAS di Kelantan meliputi N02 Kelaboran,N05 Kijang,N08 Tanjong Mas,N09 Kota Lama,N10 Bunut Payong,N17 Salor dan N19 Demit. Rakyat Kelantan sudah tidak sanggup lagi untuk hidup penuh kesengsaraan di bawah PAS. Justeru, kesimpulannya PAS bakal hilang kuasa di Kelantan pada 5 Mei 2013 nanti. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan