Ahad, 28 Julai 2013

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Penyokong PAS Bunuh Jurukamera Sambilan RTM <b>di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 09:55 PM PDT

Seorang jurukamera sambilan RTM yang berusia 61 tahun telah dibunuh oleh seorang penyokong PAS di Bandar Lama Gua Musang malam tadi di hadapan rumahnya. Insiden berpunca apabila mangsa, Mohamed Yaacob membunyikan hon keretanya kerana tidak berpuas hati setelah laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh sebuah kereta milik penyokong PAS. 

Tindakan Mohamed Yaacob membunyikan hon keretanya, membuatkan pemilik kenderaan tersebut yang berada dalam pejabat parti, meluru keluar. Tercetus pertengkaran dan lelaki berkenaan kemudiannya menumbuk muka Mohamed Yaacob.

Isteri mangsa yang berada dalam rumah, melihat kejadian tersebut dan menjerit meminta pertolongan. Tiga orang lelaki, rakan suspek, keluar dari pejabat parti dan menyuraikan keadaan. 

Tumbukan di mukanya telah menyebabkan lebam besar. Mangsa kemudiannya dipapah masuk ke dalam rumah. Mangsa mengadu sakit dada dan meminta ubat daripada isterinya. Bagaimanapun, sakit dadanya tidak berkurangan dan dia digegaskan ke Hospital Gua Musang. Pun begitu, ketika dalam perjalanan ke hospital, mangsa menghembuskan nafas terakhir dan telah disahkan meninggal dunia. 

Allahyarham merupakan penghidap sakit jantung dan darah tinggi. 

Sebelum kejadian, dia telah membuat liputan program calon Barisan Nasional DUN Galas, Abdul Aziz Yusoff. 

Ini merupakan kematian pertama dalam PRU13. Sebelum ini, banyak andaian telah dibuat bahawa PRU13 akan dicemari dengan pertumpahan darah ekoran hasutan yang seringkali dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat telah menerapkan bahawa kemenangan berada di pihak mereka. Barisan Nasional hanya akan menang menerusi cara tipu termasuklah menggunakan pengundi hantu. 

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sudah beberapa kali mengulangi kenyataan bahawa seandainya PRU dijalankan secara adil, telus dan jujur, Barisan Nasional hanya mampu memperolehi satu kerusi Parlimen sahaja. Manakala Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR pula sudah acapkali menyeru agar para penyokong Pakatan Rakyat bersiap sedia menghadapi pertumpahan darah dan revolusi seandainya Pakatan Rakyat gagal menguasai Putrajaya. 

Untuk memudahkan cara, para pemimpin dan pecacai Pakatan Rakyat seringkali memberikan gambaran bahawa para penyokong UMNO dan Barisan Nasional terdiri daripada samseng-samseng yang amat ganas. Tentangan yang diberikan terhadap rombongan kempen Anwar Ibrahim seringkali digambarkan sebagai kumpulan pengganas yang mengancam keselamatan Anwar Ibrahim. 

Keganasan dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Bagaimanapun, kebijaksanaan para pemimpinnya memutarbelit fakta, akhirnya memperlihatkan seolah-olah mereka adalah golongan yang teraniaya dan dizalimi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads