03 di kok lanas - Google Blog Search |
BN Dun <b>Kok Lanas</b> Menang Petisyen - Kota Bharu News Posted: 26 Jul 2013 11:00 PM PDT KOTA BHARU - Petisyen yang dilakukan Pas Dun Kok Lanas adalah tidak munasabah berdasarkan alasan yang diberikan menyebabkan ia ditolak pada Selasa lalu di Mahkamah Pilihan Raya. Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad mengucapkan rasa syukur atas kemenangan Barisan Nasional (BN) setelah petisyen tersebut ditolak. "Saya bersyukur kepada ALLAH atas kemenangan ini. Akhirnya, ia membuktikan kemenangan saya secara sah dan sahih dari segi undang-undang dan petisyen itu ditolak. Saya tidak tahu RM30,000 itu akan diberikan kepada siapa, kepada saya atau kepada siapa. Wallahuaklam. "Petisyen yang diberikan tidak munasabah. Tiga alasan dalam petisyen itu ialah mengenai pemberian air kepada pengundi tentera, alasan kononnya pengundian tentera tidak telus dan alasan mengenai tong yang dibawa ke balai polis ia tidak dikawal. Ia ditolak tanpa pembicaraan," katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin. Beliau yang juga Setiausaha Umno Negeri berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Agong Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di PPK Sungai Ketereh, di sini. Md Alwi berkata, apa yang memberi kepuasan, kepadanya sebagai Adun Kok Lanas, tidak sampai tiga bulan, peruntukan pembangunan yang disalurkan di Dun Kok Lanas ialah sebanyak RM1.7 juta. Kata beliau, peruntukan itu termasuk memberi lampu di stadium, membina longkang di klinik dan di Kampung Dendang dan pembaikan jalan hampir RM200,000. Katanya, selepas ini masih banyak lagi pembangunan akan dijalankan, tetapi kata beliau, pembangunan bukan lagi isu di Kok Lanas, sebaliknya ada isu yang lebih lagi daripada pembangunan. Selasa lalu, Mahkamah Pilihan Raya mengekalkan kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Ketereh dan Dun Kok Lanas. |
You are subscribed to email updates from di kok lanas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan