Selasa, 9 Julai 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Jaringan Norfarhan Kekalkan Trofi Piala FA <b>Di Kota Bharu</b> | Dunia <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2013 12:13 AM PDT

1

Jaringan tunggal minit ke-15 oleh penyerang Kelantan, Norfarhan Mohamad sudah cukup untuk memberikan kejuaraan kedua Piala FA buat Kelantan selepas menewaskan Johor Darul Takzim FC (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Norfarhan menewaskan penjaga gol JDT, Al-Hafiz Hamzah selepas menerima hantaran cantik dari ketua pasukan, Badri Razi yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Kelantan menunjukkan mereka lebih berpengalaman dari lawan mereka selepas menguasai hampir sebahagian besar permainan terutamanya pada separuh masa pertama selepas mengasak bertubi-tubi ke gawang JDT.

Gandingan Dickson Nwakaeme, Fakri Saarani dan Norfarhan kerap kali mengucar-ngacirkan bahagian pertahanan lawan namun penyudah yang tumpul gagal menambahka lagi gol buat pasukan dari pantai timur itu.

Kemasukan Lionel Nunez dan K.Thanaraj yang menggantikan Safee Sali serta Andrezinho yang tercedera turut gagal memberi impak buat JDT yang kelihatan begitu lemah dibahagian tengah.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan JDT cuba mencari gol penyamaan pada 15 minit terakhir menerusi serangan bertali arus mereka.

Walaubagaimanapun, benteng pertahanan Kelantan begitu kebal sehingga ke wisel penamat yang akhirnya memberi kemenangan 1-0 kepada anak buah Bojan Hodak.

"Orang ramai membandingka pasukan kami musim ini denga musim lalu namun malam ini (semalam) kami telah membuktikan keupayaan pasukan Kelantan" kata Bojan pada sidang akhbar selepas perlawanan.

"Setiap trofi yang dipertandingkan sangat penting apatah lagi mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar dari memenanginya" tambah Bojan yang cukup berpuashati dengan persembahan anak buahnya.

Sementara itu, penolong jurulatih JDT, Ismail Ibrahim mengakui Kelantan lebih hebat daripada pasukannya pada perlawanan tersebut.

"Tahniah kepada Kelantan kerana berjaya menjuarai Piala FA. Pemain mereka nyata lebih berpengalaman dari barisan JDT yang rata-ratanya baru pertama kali beraksi di pentas final.

"Insyaallah, kita akan bangkit semula untuk baki saingan liga serta pada Piala Malaysia selepas Aidilfitri nanti" kata Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads