03 di manek urai - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: PRK Kuala Besut ulangi <b>Manek Urai</b>? Posted: 12 Jul 2013 02:59 AM PDT BESUT: Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut dilihat ramai seperti mengulangi apa yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) di Manek Urai pada 2009. Ketika itu BN juga menurunkan calon lulusan ijazah, bertugas pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Dan pilihan raya Kuala Besut sekali lagi BN memperjudikan nasib seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mempertahankan Dun terbabit. Di Manek Urai dan Kuala Besut, calon diketengahkan PAS lulusan SPM, namun berjaya dalam perniagaan. Mohd Fauzi Abdullah (kanan), seorang tauke ikan di Pasar Kuala Krai. Begitu juga di Kuala Besut, PAS meletak seorang peniaga yang berjaya, Che Long atau nama sebenar Azlan @ Endut Yusof memiliki perniagaan di Kota Bharu. "Betulkah ada persamaan di antara saya dengan calon PAS di Kuala Besut. Saya pun tidak tahu apabila ada orang kata begitu. Boleh jadi kerana kita sama-sama tidak memiliki sijil tinggi seperti calon BN. Isu persamaan antara calon PAS di Kuala Besut mulai dilihat orang ramai mungkin kerana kedua-duanya ahli perniagaan yang berjaya, biar pun tidak mendapat pendidikan tinggi. |
PRU Ke -13 @ Seri Aman N30 & <b>Manek Urai</b> N41 - aLkiSah iTu iNi <b>...</b> Posted: 05 May 2013 11:42 AM PDT Hari ahad, 050513 pilihan raya umum kali ke-13 telah di adakan ...pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang tempoh masa pegundian . Suasana pada hari mengundi dah rasa macam menyambut hari raya..meriah betul....pukul 9:00 pagi siap-siap untuk hantar ummi dan family ke tempat pembuangan undi di Smk Seri Aman ......mujur semuanya tempat yang sama...ummi dah kali kedua mengundi, k.ngah dan k.chik kali pertama ...tok ma & tok bah dah berkali-kali.....Mereka mengundi untuk N30 Dun Limbongan dan P28 Parlimen Pasir Puteh .... posing dulu sebelum mengundi Lepas semua siap mengundi, bawa family sarapan kat bandar pasir puteh.... aku pun dah tak sabar juga untuk mengundi, kali nie pilihanraya ke tiga aku mengundi termasuk masa piliharanraya kecil sblm ni.... Lepas siap makan terus bertolak balik .. Keadaan jalan yang agak sibuk sepanjang perjalanan.....pukul 3 lebih baru sampai dan terus pergi buang undi di sek keb manek urai baru...family aku semua dah mengundi ...kali ni tok ayoh jadi wakil SPR, tu nampak hensem semacam ...sue kali pertama mengundi..aku, pokteh , pokcik, pok long dan ayoh mengundi di tempat yang sama di SkmuB.... cikla ,k.sal ,sue dan mok mengundi di sek keb manek urai lama,... kami mengundi untuk Dun Manek Urai N41 dan P31 Parlimen Kuala Krai . lepas mengundi pergi pusing tengok jambatan baru yang di janjikan pada piliharaya kecil dulu..Alhamdulillah dah siap.. Sebelah malam , temankan ayoh ammar dan pok teh ke tempat pengiraan undi di Smksyp1....ramai orang berkumpul sambil menanti pengumuman dari SPR ...masa berkumpul dapat jumpa dengan cgu dan kawan2 yang lama tak jumpa lepas habis sekolah dulu....orang kampung pun ramai juga yang datang untuk dengar pengumuman secara langsung....Alhamdulillah Kerajaan Kelate masih Kekal di bawah kepimpinan ulamak walaupun kali nie agak lewat di umumkan secara rasmi ......Allahuakbar ...Allahuakbar..Allahuakbar.. keputusan rasmi PRU13 N41 Dun Manek Urai - Pas menang Majoriti 1,633 Abe Uji P31 Parlimen Kuala Krai - Pas Menang Majoriti 2,043 Dr Hatta . N30 Limbongan - Pas Menang 1,042 Ust Nazlan |
You are subscribed to email updates from di manek urai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan