Khamis, 25 Julai 2013

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRK Kuala Besut ulangi <b>Manek Urai</b>?

Posted: 12 Jul 2013 02:59 AM PDT


BESUT: Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut dilihat ramai seperti mengulangi apa yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) di Manek Urai pada 2009.  Ketika itu BN juga menurunkan calon lulusan ijazah,  bertugas pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Dan pilihan raya Kuala Besut sekali lagi BN memperjudikan nasib seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mempertahankan Dun terbabit.

Di Manek Urai dan Kuala Besut, calon diketengahkan PAS lulusan SPM, namun berjaya dalam perniagaan. Mohd Fauzi Abdullah (kanan), seorang tauke ikan di Pasar Kuala Krai.

Begitu juga di Kuala Besut, PAS meletak seorang peniaga yang berjaya, Che Long atau nama sebenar Azlan @ Endut Yusof memiliki perniagaan di Kota Bharu.

"Betulkah ada persamaan di antara saya dengan calon PAS di Kuala Besut. Saya pun tidak tahu apabila ada orang kata begitu. Boleh jadi kerana kita sama-sama tidak memiliki sijil tinggi seperti calon BN.

"Kalau begitu baguslah, setidak-tidak boleh mengulangi apa yang berlaku di Manek Urai biar pun menang dengan undi yang tidak besar," kata Mohd Fauzi ketika ditemui di luar dewan penamaan calon di Kampung Raja, hari ini.

Isu persamaan antara calon PAS di Kuala Besut mulai dilihat orang ramai mungkin kerana kedua-duanya ahli perniagaan yang berjaya, biar pun tidak mendapat pendidikan tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads